Persaraan Azam perlu jadi pemangkin reformasi SPRM: C4

December 13, 2025 · Isu semasa

Perbincangan mengenai persaraan Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya dimanfaatkan sebagai titik tolak kepada reformasi menyeluruh terhadap sistem pelantikan jawatan tertinggi agensi itu, kata badan pemantau rasuah, C4.

Menurut C4, kritikan terhadap Azam tidak wajar dilihat semata-mata berkisar soal individu atau tempoh perkhidmatannya, sebaliknya berpunca daripada kelemahan struktur dalam sistem pelantikan sedia ada.

“Kerajaan tidak sepatutnya menganggap bantahan orang ramai hanya tertumpu kepada tempoh perkhidmatan Azam.

“Walaupun individu baharu dilantik sebagai ketua SPRM, selagi sistem itu tidak diperbaiki, masalah yang sama akan berulang,” katanya dalam satu kenyataan.

C4 menegaskan kerajaan perlu segera melaksanakan reformasi struktur SPRM melalui proses rundingan yang inklusif melibatkan semua pihak berkepentingan.

Ini termasuk memperkenalkan kaedah pelantikan dan penyingkiran Ketua Pesuruhjaya SPRM secara lebih telus melalui panggilan terbuka serta proses pemilihan oleh Parlimen, misalnya menerusi jawatankuasa pilihan khas.

Azam sebelum ini memberi bayangan bahawa kontraknya mungkin tidak disambung selepas penggal ketiganya tamat pada Mei 2026.

Sementara itu, bekas menteri kabinet Rafizi Ramli dilaporkan berkata pelantikan semula Azam oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menjejaskan agenda reformasi kerajaan.

Mengulas lanjut, C4 berkata kuasa melantik Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika ini tertumpu sepenuhnya kepada perdana menteri, satu keadaan yang disifatkan berisiko dan tidak selari dengan prinsip semak dan imbang.

“Proses ini perlu didemokrasikan dengan penglibatan Parlimen supaya lebih telus, sekali gus mengurangkan konflik kepentingan dan mengelakkan pemilihan berdasarkan pertimbangan politik,” katanya.

C4 juga menggesa penubuhan Ombudsman Malaysia dilaksanakan seiring dengan reformasi SPRM.

Menurutnya, bidang kuasa Ombudsman perlu diperluaskan bagi menyiasat aduan salah tadbir, termasuk melibatkan SPRM dan agensi penguatkuasaan lain.

“Ombudsman mesti diberi kuasa pemantauan luar terhadap SPRM untuk menangani isu salah laku dan salah tadbir tanpa menjejaskan mekanisme dalaman sedia ada,” katanya.

Kerajaan sebelum ini memaklumkan rang undang-undang penubuhan Ombudsman dijangka dibentangkan pada awal tahun hadapan.

Berita berkaitan
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
November 26, 2026· Isu semasa
Bubar Parlimen: Anwar minta parti politik jangan tergesa-gesa
November 26, 2026· Politik
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
21 jam lalu· Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
November 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
November 26, 2026 · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
November 26, 2026 · Isu semasa
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
16 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok