Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijadual mengumumkan barisan Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan pada jam 3.30 petang ini, satu langkah yang dilihat penting bagi memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar kerajaan.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata penstrukturan semula Kabinet dibuat selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI yang terus memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat dan negara.
“Insya-Allah, petang ini saya akan membuat pengumuman khas berkaitan Kabinet Kerajaan MADANI,” katanya.
Menurut beliau, kerajaan akan terus memberi fokus kepada usaha memperkukuh tadbir urus serta memastikan setiap dasar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi kepentingan rakyat.
Pengumuman berkenaan dijangka menjadi tumpuan utama orang ramai dan pemerhati politik kerana ia bakal mencerminkan hala tuju serta penekanan kerajaan dalam fasa pentadbiran semasa.
Susunan Kabinet baharu itu juga dilihat sebagai isyarat terhadap keutamaan dasar yang mahu digerakkan dalam tempoh terdekat.
Sebelum ini, Kerajaan MADANI berulang kali menegaskan prinsip ketelusan, integriti dan kecekapan sebagai teras pentadbiran. Justeru, rombakan Kabinet dianggap sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan jentera kerajaan bergerak lebih kemas dan responsif terhadap keperluan rakyat.
Perhatian umum turut tertumpu kepada pengisian beberapa kekosongan jawatan menteri susulan peletakan jawatan Ewon Benedick, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Kekosongan itu mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai siapa yang bakal diberi tanggungjawab baharu serta bagaimana peranan kementerian terlibat akan distruktur semula.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib