PM sangkal dakwaan lantikan menteri Cina abai kepentingan orang Melayu

December 18, 2025 · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak keras dakwaan pelantikan menteri daripada kaum Cina akan menindas kepentingan Melayu.

Anwar menegaskan naratif sedemikian hanyalah suara sumbang yang tidak bertanggungjawab yang cuba menimbulkan persepsi perkauman sempit terhadap kerajaan Madani yang dipimpinnya.

“Ada suara sumbang umpama pelantikan Menteri Wilayah Persekutuan… tak semestinya menteri Cina dia akan menindas Melayu. PM Melayu, Datuk Bandar (KL) Melayu, kerja berpasukan. Ada keperluan bantu semua kaum,” katanya dipetik laporan media semasa Taklimat Bersama Ketua-Ketua Pengarang Media Tempatan dan Antarabangsa malam tadi.

Anwar mengulas kritikan terhadap pelantikan Hannah Yeoh sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Anwar Ibrahim menyatakan kesedaran beliau mengenai tanggapan seolah-olah kepentingan Melayu terabai.

“Saya maklum bila kita lantik seolah-olah Melayu terabai dan Cina diserah (kuasa),” katanya.

Beliau turut membidas kenyataan liar yang mendakwa keselamatan kaum India kini terancam.

“Ini orang kurang siuman.. tak peduli soal kestabilan negara,” tegas Anwar.

Mengenai susunan kabinet, beliau menjelaskan bahawa pelantikan baharu bertujuan menyuntik tenaga dan nafas baharu kepada beberapa kementerian.

“Insya-Allah, Kabinet Madani akan mempertingkatkan usaha pada tahun mendatang demi memastikan reformasi yang lebih bermakna selari dengan tuntutan rakyat, sambil menentang keras naratif durjana yang menghasut perpecahan, perkauman dan pelampau agama,” janjinya.

Anwar menekankan kerajaannya berpegang kepada prinsip keadilan untuk semua dan akan terus menolak segala bentuk hasutan yang boleh memecahbelahkan rakyat.

Berita berkaitan
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
12 jam lalu· Isu semasa
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
12 jam lalu· Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
16 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
16 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
12 jam lalu · Politik
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
12 jam lalu · Politik
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
12 jam lalu · Politik
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
12 jam lalu · Politik
Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok