Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin.
Keputusan Perdana Menteri untuk tidak membubarkan Parlimen lebih awal adalah langkah berprinsip bagi menjamin kestabilan ekonomi negara, tegas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin.
Dnish membidas kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Bersatu, Harris Idaham Rashid, yang mendakwa tindakan itu berpunca daripada ketakutan selepas prestasi Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Negeri Sabah.
Menurut Danish, tuduhan tersebut adalah cetek dan menunjukkan kepanikan parti yang semakin hilang relevan.
“AMK mengecam keras kenyataan pimpinan Armada yang cuba menggambarkan Anwar sebagai ‘takut’.
“Kenyataan ini bukan sahaja tidak cerdik, malah memperlihatkan kepanikan politik sebuah parti yang ketandusan hala tuju,” katanya.
Beliau menambah, cubaan mengaitkan keputusan pilihan raya negeri dengan kononnya kegagalan kepimpinan nasional hanyalah helah untuk menutup kegagalan Bersatu membina keyakinan rakyat di seluruh negara.
Sebelum ini, Harris mendakwa keputusan di Sabah menyebabkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hilang keyakinan dan memerlukan lebih masa untuk meningkatkan sokongan.
“Keputusan Perdana Menteri untuk tidak membubarkan Parlimen sesuka hati adalah keputusan bertanggungjawab, demi kestabilan ekonomi dan kepentingan rakyat.
“Hanya pemimpin yang gagal mentadbir sahaja melihat pilihan raya sebagai alat menyelamatkan diri,” kata Danish lagi.
Beliau menekankan rakyat masih ingat siapa yang menyebabkan ketidaktentuan politik dan mengkhianati mandat yang diberikan.
Tindakan kerajaan saat ini, katanya, adalah bukti komitmen terhadap tanggungjawab mengurus negara dengan amanah, bukan didorong oleh kepentingan pilihan raya semata-mata.
BN kekal solo, tak layan kerjasama dengan PAS atau Wawasan: Zahid
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
Calon ‘underdog’ PH lawan Onn Hafiz sedia beri saingan sengit di DUN Machap
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar