Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Muhammad Hafizuddeain Jantan akan bercuti berkuat kuasa serta-merta bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan tertentu yang dilaporkan sebelum ini.
Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin mengesahkan keputusan itu merupakan langkah pentadbiran bagi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara telus dan tanpa sebarang gangguan dan menegaskan cuti tersebut bukan bersifat menghukum, sebaliknya bertujuan menjaga integriti proses siasatan.
“Langkah ini diambil bagi memberi ruang sepenuhnya kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan yang telah dilaporkan, selain memastikan tiada konflik kepentingan dan siasatan berjalan lancar,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan sejak 2023 melibatkan beberapa projek di bawah Tentera Darat Malaysia.
Siasatan itu difahamkan memfokuskan projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, turut mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka berhubung perkara tersebut di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Beliau menegaskan siasatan dijalankan secara bebas, profesional dan berasaskan fakta serta bukti.
“Semua tindakan yang diambil adalah selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pertahanan memaklumkan Panglima Tentera Laut, Laksamana (Dr) Zulhelmy Ithnain, dilantik sebagai Pemangku Panglima Angkatan Tentera Malaysia berkuat kuasa serta-merta.
Pelantikan itu susulan persaraan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, yang mencapai umur persaraan wajib.
Portal rasmi KKM diserang penggodam
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
‘Kesejahteraan Dinikmati’ jadi tema sambutan Hari Kebangsaan: Fahmi
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
IPTA terima kemasukan pelajar berdasarkan merit, tiada pintu belakang: Adam Adli
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar