Kerajaan Madani pacu kejayaan melalui dasar stabil dan reformasi berani: PMX

December 28, 2025 · Isu semasa

Kestabilan dasar, keberanian melaksanakan reformasi serta kepercayaan rakyat dikenal pasti sebagai faktor utama yang mendorong kejayaan Kerajaan Madani setakat ini, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar berkata ekonomi negara terus diperkukuh melalui penekanan kepada pelaburan berkualiti, penciptaan peluang pekerjaan serta pelaksanaan agenda pertumbuhan yang inklusif bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat.

Menurut beliau, usaha berterusan kerajaan dalam merangka dasar yang konsisten dan berpandangan jauh telah meningkatkan keyakinan pelabur, sekali gus menyumbang kepada daya tahan ekonomi negara dalam menghadapi cabaran global yang tidak menentu.

Di peringkat antarabangsa, Anwar berkata hubungan erat antara kerajaan Malaysia dengan pelbagai negara serta jaringan kepimpinan dunia telah membuka ruang kepada pelaburan strategik, selain mengukuhkan kedudukan Malaysia di persada global.

“Segala pencapaian ini bukan sekadar angka dan statistik, tetapi diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat, daripada kesejahteraan keluarga, peluang ekonomi baharu, hingga jaminan masa depan yang lebih berdaya tahan,” katanya.

Beliau turut menegaskan sokongan padu daripada rakyat menjadi kekuatan utama kepada Kerajaan Madani untuk terus melangkah ke hadapan dengan lebih yakin dan berprinsip.

“Dengan sokongan keluarga, sahabat dan seluruh rakyat Malaysia, saya percaya Kerajaan Madani akan terus berkhidmat dengan amanah serta membina sebuah negara yang adil, makmur dan berdaya saing untuk semua,” katanya lagi.

Anwar menambah, kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada pembaharuan institusi dan tadbir urus yang baik bagi memastikan kestabilan jangka panjang serta masa depan negara yang lebih mampan.

Berita berkaitan
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
June 26, 2026· Politik
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
June 26, 2026· Politik
Sokongan terhadap Anwar kekal tertinggi: Tinjauan Merdeka Center
June 26, 2026· Politik
Hampir 14 juta rakyat nikmati subsidi BUDI MADANI
June 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sasar 5,010 peserta sertai latihan AI di NADI seluruh negara: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perkasa bantuan guaman syarie dengan peruntukan baharu RM1.5 juta: PMX
7 jam lalu · Isu semasa
Portal rasmi KKM diserang penggodam
11 jam lalu · Isu semasa
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
June 26, 2026 · Isu semasa
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
June 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok