Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga malam ini: Laporan

December 28, 2025 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ramalan cuaca buruk itu melibatkan Kulim dan Bandar Baharu di Kedah diikuti keseluruhan Pulau Pinang, Kerian, Manjung, Bagan Datuk serta Larut, Matang dan Selama di Perak; dan Pontian, Kulai serta Johor Bahru di Johor.

Amaran itu turut membabitkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) di Sarawak serta Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau dan Kudat di Sabah.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” menurut MetMalaysia.

MetMalaysia memaklumkan bahawa amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – Bernama

Berita berkaitan
Ribut petir, hujan lebat diramal di lima negeri hari ini
19 jam lalu· Isu semasa
Lapan kerusi masih sengit, BN kekal mendahului saingan PRN Johor: ILHAM Centre
July 10, 2026· Politik
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan walaupun cabaran global meningkat: Bernama
July 5, 2026· Isu semasa
Ringgit dijangka terus kukuh sekitar paras RM3.85: HSBC
March 26, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
BUDI95: AMK cadang had subsidi dinaikkan semula kepada 300 liter
5 jam lalu · Isu semasa
Kes dadah Jakarta: Bukit Aman diberi akses siasat juruterbang Malaysia
16 jam lalu · Isu semasa
RCI Tabung Haji: Tujuh ditahan, 115 saksi dipanggil dalam siasatan SPRM
16 jam lalu · Isu semasa
Tak perlu RCI baharu siasat TH, pembangkang dikecam keluar dewan: IKRAM
19 jam lalu · Isu semasa
Rakyat dapat 10GB data percuma sempena HKHM 2026
August 12, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026
[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan
July 31, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok