Tiada sekatan luar negara terhadap Fahmi Reza, kata KPN

June 8, 2025 · Isu semasa

Polis memberi penjelasan tiada sekatan pergerakan dikenakan ke atas aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza untuk negara.

Sebaliknya, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain dalam satu kenyataan berkata individu tersebut disenarai dalam senarai pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bukannya sekata perjalanan seperti yang tular dalam media sosial sejak semalam.

“Sehubungan itu, PDRM ingin menjelaskan tiada sebarang sekatan rasmi dikenakan terhadap Fahmi Reza pada masa ini.

“Bagaimanapun, nama beliau dimasukkan ke dalam senarai pemantauan pergerakan bagi tujuan rekod dan rujukan dalaman PDRM berikutan siasatan kes yang masih dijalankan oleh pihak kami.

“Penting untuk ditegaskan senarai pemantauan ini bukanlah satu bentuk sekatan pergerakan, sebaliknya sebahagian daripada prosedur pemantauan lazim yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sekatan pergerakan yang dikeluarkan ke atas Fahmi Reza semalam berlaku berikutan kekeliruan semasa proses semakan di pintu keluar negara.

Katanya, pihak berkaitan sedang meneliti isu itu dan langkah sewajarnya akan diambil bagi memperkemaskan prosedur sedia ada.

“PDRM kekal komited dalam melindungi dan menghormati hak kebebasan bergerak setiap rakyat Malaysia.

“Individu itu bebas untuk melakukan perjalanan keluar dan masuk seperti biasa tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen dan undang-undang berkaitan,” katanya.

Semalam, media melaporkan Fahmi Reza dalam satu hantaran di media sosial mendakwa dirinya disenarai hitam daripada keluar negara selepas dia dihalang daripada berlepas ke Singapura.

Fahmi Reza dilaporkan berkata, dirinya tidak dibenarkan keluar negara atas arahan Bukit Aman dan perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Berita berkaitan
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
November 22, 2026· Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
November 22, 2026· Isu semasa
Pelajar maut di Ipoh, KPM tidak kompromi jika wujud kecuaian
November 19, 2026· Isu semasa
Lelaki maut selepas berbalas tembakan dengan polis: Bernama
November 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jangan abaikan madrasah dalam mengejar kemajuan negara: Anwar
5 jam lalu · Isu semasa
SPR daftar hampir 42,000 pengundi baharu pada Oktober
9 jam lalu · Isu semasa
MySIREN lebih pantas daripada SMS, data pengguna kekal selamat: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
MySIREN dilancar, amaran kecemasan terus ke telefon bimbit
12 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: AMK persoal pengumuman Zahid
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok