Bekas Panglima Tentera Darat bersama dua isteri direman kes tender

January 8, 2026 · Isu semasa

Seorang bekas Panglima Tentera Darat direman selama tujuh hari manakala dua isterinya masing-masing direman enam dan tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiga individu terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira jam 10 pagi selepas ditahan di Ibu Pejabat SPRM petang semalam.

Mereka dilihat memakai baju lokap SPRM berwarna oren dan bergari ketika diiringi pegawai SPRM memasuki kompleks mahkamah, mencuri perhatian orang ramai di perkarangan mahkamah.

Peguam yang mewakili bekas Panglima Tentera Darat itu, Nizamuddin Hamid, memaklumkan anak guamnya masih dalam proses pemulihan dan belum berada dalam keadaan kesihatan yang benar-benar stabil.

“Kami memberi ruang sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan. Pada masa sama, kami memohon agar mahkamah memastikan beliau diberi akses kepada peguam sepanjang tempoh siasatan,” katanya dipetik laporan media.

Menurut sumber, ketiga-tiga mereka ditahan kira-kira jam 7 malam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Penahanan itu dipercayai berkaitan siasatan terhadap beberapa projek perolehan TDM yang dilaksanakan melalui tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.

Siasatan SPRM sebelum ini turut menyaksikan pegawai agensi berkenaan hadir ke Kementerian Pertahanan pada 23 Disember lalu bagi mengumpul dokumen dan maklumat berkaitan projek-projek yang disyaki terlibat.

Dalam perkembangan berkaitan, SPRM pada Selasa menahan reman 17 pengarah syarikat yang dipercayai terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan TDM.

Seorang pegawai SPRM berkata siasatan masih berjalan dan tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan akan dibuat.

“Kami komited untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam perolehan awam,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
November 26, 2026· Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
November 24, 2026· Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
November 24, 2026· Isu semasa
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
November 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
November 26, 2026 · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
November 26, 2026 · Isu semasa
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
16 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok