Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
Jemaah Menteri telah diberikan penjelasan mengenai isu skandal perolehan yang melibatkan pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mesyuarat hari ini.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, memaklumkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin, esok bagi menjelaskan perkembangan terkini berhubung perkara itu.
“Berkait dengan isu perolehan ATM, tadi ada dimaklumkan, Menteri Pertahanan akan membuat kenyataan esok,” jelas Fahmi kepada media selepas menghadiri Program Pemukiman Kerajaan Madani 2025 di sini, yang turut disertai oleh Perdana Menteri dan kepimpinan Kabinet yang lain.
Beliau menegaskan mesyuarat itu turut membincangkan secara umum pelbagai isu kontroversi yang melanda negara, yang memerlukan tindakan segera dan penjelasan telus daripada kerajaan.
“Kepentingan kepimpinan, terutama anggota pentadbiran Jemaah Menteri, segera memastikan maklumat yang tepat mengenai sesuatu perkara itu sampai, bukan tunggu sehingga sesuatu isu itu menimbulkan persepsi salah,” katanya.
Beliau menambah, prinsip utama yang dibincangkan adalah cara menangani isu-isu sensitif dengan lebih efektif.
“Kita ambil prinsip bagaimana perlu kita atasi isu-isu dan masalah-masalah ini,” ujarnya.
Pengumuman kenyataan menteri pertahanan itu dibuat berlatarbelakangkan laporan media baru-baru ini mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa pegawai tinggi ATM yang disyaki terlibat dalam rasuah dan kartel tender perolehan tentera.
Seorang bekas panglima tentera darat juga telah direman awal minggu ini bagi membantu siasatan kes yang sama.
367,537 kandungan scam, akaun palsu dan deepfake dipadam
Ancaman siber jadi fokus Dasar Keselamatan Negara baharu: PMX
NEXSEC2026 himpun 1,500 peserta, perkasa bakat keselamatan siber
Malaysia terus runding AS, mahu kekalkan tarif maksimum 19%: Johari
Dakwa dinafikan hak membela diri, Inspektor Sheila saman Ayob Khan dan PDRM
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib