Malaysia terus runding AS, mahu kekalkan tarif maksimum 19%: Johari

19 jam lalu · Isu semasa

Malaysia akan meneruskan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) sehingga suku pertama 2027 bagi memastikan kadar tarif keseluruhan ke atas barangan negara ini tidak melebihi 19 peratus.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Johari Ghani berkata, kerajaan akan terus mengadakan rundingan dengan Pejabat Wakil Perdagangan AS (USTR) bagi mempertahankan kepentingan perdagangan Malaysia serta mengelakkan pengenaan tarif tambahan yang boleh menjejaskan eksport negara.

Beliau berkata, pihak AS sebelum ini memaklumkan julat tarif indikatif antara 18 hingga 25 peratus ke atas Malaysia susulan penilaian berkaitan lebihan kapasiti struktur dan pengeluaran di bawah Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974.

“AS telah menyatakan julat tarif antara 18 hingga 25 peratus bagi Malaysia. Namun, kita masih mempunyai masa sehingga suku pertama untuk berunding, memberi penjelasan serta mengemukakan justifikasi mengapa kita tidak seharusnya diletakkan dalam julat ini.

“Secara keseluruhan, kadar tersebut tidak boleh melebihi 19 peratus,” katanya selepas majlis perasmian kilang pemasangan tempatan BYD di Malaysia.

Johari berkata Malaysia sudah menyampaikan pendirian dengan jelas kepada timbalan Wakil Perdagangan AS, selain menegaskan negara wajar menikmati manfaat sebagai antara negara terawal menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART).

Menurutnya, AS sebelum ini bersetuju menetapkan kadar tarif sebanyak 19 peratus menerusi perjanjian berkenaan.

Justeru, sebarang langkah tambahan termasuk tarif 10 peratus berkaitan isu buruh paksa tidak sepatutnya menyebabkan jumlah keseluruhan tarif melepasi kadar dipersetujui.

Katanya, AS sedang meneliti empat bidang utama di bawah Seksyen 301, iaitu lebihan kapasiti pengeluaran, buruh paksa, isu alam sekitar dan subsidi kerajaan.

AS sudah memuktamadkan tarif 10 peratus berkaitan buruh paksa, manakala langkah membabitkan lebihan kapasiti masih dalam penelitian.

“MITI secara konsisten menegaskan Malaysia tidak mempunyai masalah lebihan kapasiti. Pendirian kita kekal tidak berubah walaupun AS memaklumkan julat tarif indikatif antara 18 hingga 25 peratus,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Johari berkata sektor besi dan keluli berkemungkinan berdepan penelitian lebih mendalam berikutan kebimbangan kapasiti pengeluaran digunakan untuk menyalurkan eksport ke AS melalui Malaysia.

Bagaimanapun, sektor semikonduktor dikecualikan daripada penilaian pada peringkat ini.

Sebelum ini, AS mencadangkan pengenaan tarif tambahan ke atas beberapa negara, termasuk Malaysia, susulan siasatan terhadap dasar perindustrian dan amalan pembuatan yang didakwa menyumbang kepada lebihan kapasiti serta menjejaskan perdagangan AS.

Malaysia merupakan antara 14 ekonomi yang terlibat dalam penelitian di bawah Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974, bersama negara seperti China, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Jepun dan Kesatuan Eropah.

Berita berkaitan
367,537 kandungan scam, akaun palsu dan deepfake dipadam
November 27, 2026· Isu semasa
Perdagangan Malaysia cecah RM436.61 bilion, rekod tertinggi dalam sejarah
November 20, 2026· Isu semasa
APEC 2026: Anwar tekankan perdagangan terbuka, kesalinghubungan
November 18, 2026· Isu semasa
Presiden Perancis tiba di Malaysia, perkukuh hubungan dua hala
November 16, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SPRM nafi pilih kasih, siasatan projek jalan KKDW masih berjalan
November 27, 2026 · Isu semasa
Ancaman siber jadi fokus Dasar Keselamatan Negara baharu: PMX
18 jam lalu · Isu semasa
NEXSEC2026 himpun 1,500 peserta, perkasa bakat keselamatan siber
18 jam lalu · Isu semasa
Dakwa dinafikan hak membela diri, Inspektor Sheila saman Ayob Khan dan PDRM
20 jam lalu · Isu semasa
KDN buru individu berprofil tinggi dalam sindiket dadah TUDM
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok