Bantuan tambahan akan diteliti kepada pengamal media berdepan kesukaran: Fahmi

June 9, 2025 · Isu semasa

Seramai 405 pengamal media di seluruh negara telah menerima manfaat menerusi inisiatif Tabung Kasih@HAWANA sejak dilancarkan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) pada 2023.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata lebih ramai pengamal media disasarkan untuk menerima bantuan itu menjelang sambutan HAWANA 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) Sabtu ini.

“Kita akan bantu bukan sahaja lebih ramai, tetapi (termasuk) mereka yang pernah menerima sumbangan sebelum ini.

“Sekiranya ada yang perlu kita santuni dan sampaikan bantuan tambahan…Saya akan minta supaya (perkara) ini diteliti,” katanya kepada pemberita.

Fahmi berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada editor foto News Straits Times (NST) Ikhwan Munir, 50, yang sedang menjalani rawatan kanser usus di Hospital Putrajaya, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima Jasbant Singh.

Fahmi berkata Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selaku pengelola Tabung Kasih@HAWANA akan terus memantau keperluan bapa kepada dua anak yang berusia tujuh dan 23 tahun itu.

“Saudara (Ikhwan) kini berdepan dengan ujian kesihatan sejak beberapa minggu lepas, maka isteri tidak (boleh) bekerja. Insya-Allah, Bernama akan terus memantau untuk melihat sekiranya kita perlu memberikan apa-apa sumbangan atau bantuan selepas ini kepada saudara Ikhwan,” katanya.

Sementara itu Fahmi berkata beliau turut mengambil kesempatan untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak pengurusan Hospital Putrajaya mengenai liputan telekomunikasi dan capaian Internet di fasiliti kesihatan itu.

“Mereka berpuas hati, tetapi di ‘wing’ baharu mereka mengatakan ada sedikit masalah dengan satu daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco), jadi saya akan minta telco ini untuk datang dan bantu mengoptimumkan perkhidmatan mereka,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Kapal bantuan Gaza dipintas, Malaysia kecam tindakan tentera Zionis: Fahmi
20 jam lalu· Isu semasa
Pengesahan identiti pengguna: Penyedia platform media sosial beri kerjasama positif
April 30, 2026· Isu semasa
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
April 29, 2026· Isu semasa
Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa, isu adat tak dicampuri: Fahmi
April 29, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul
1 jam lalu · Isu semasa
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
1 jam lalu · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: Nasib 10 aktivis Malaysia masih belum diketahui
1 jam lalu · Isu semasa
Anwar rayu sokongan rakyat hadapi tekanan ekonomi
2 jam lalu · Isu semasa
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok