Ringgit.
Ringgit dijangka terus mencatat prestasi lebih baik berbanding mata wang Asia lain pada tahun ini, disokong oleh asas domestik yang kukuh dan lonjakan ketibaan pelancong, menurut Standard Chartered Bank.
Ahli Ekonomi dan Penganalisis Pertukaran Asing bagi ASEAN, Jonathan Koh, berkata data Imbangan Pembayaran menunjukkan peningkatan dalam penghantaran balik pendapatan pelaburan luar negara, manakala rekod tertinggi deposit mata wang asing membantu mengekang kenaikan mendadak pasangan dolar Amerika Syarikat (AS)-Ringgit.
“Sektor pelancongan terus menjadi penyumbang utama kepada penerimaan akaun semasa negara.
“Kemasukan pelancong yang kukuh menyokong penerimaan akaun semasa; kami menganggarkan ketibaan pelancong pada 2025 akan meningkat kira-kira dua juta berbanding 2024,” katanya pada taklimat media hari ini.
Ketua Ahli Ekonomi dan Ketua Analisis Pertukaran Asing bagi ASEAN dan Asia Selatan, Edward Lee, menambah Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus untuk tempoh yang panjang, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi dan inflasi yang stabil.
“Dasar monetari semasa wajar dan menyokong ekonomi di tengah-tengah kestabilan harga,” ujarnya.
Bagaimanapun, risiko daripada ketidakpastian tarif perdagangan global masih wujud, khususnya untuk sektor elektronik, walaupun Malaysia telah memeterai perjanjian perdagangan dengan AS.
Pelaburan asing terus menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi, dengan jumlah pelaburan diluluskan mencapai RM384 bilion pada 2024, terutamanya daripada sektor pusat data.
“Pelaburan pembuatan yang diluluskan turut menunjukkan prestasi memberangsangkan, mencecah RM68 bilion pada separuh pertama 2025, meningkat 14 peratus berbanding tahun sebelumnya,” kata Koh.
Standard Chartered menekankan pelaburan pusat data merupakan pendorong kritikal, dengan komitmen bernilai RM114 bilion direkodkan antara 2021 hingga 2024.
Lonjakan ini dijangka merangsang aktiviti ekonomi secara keseluruhan, termasuk peningkatan import barang modal apabila syarikat mula merealisasikan pelaburan terdahulu.
Malaysia juga memberi komitmen membeli peralatan bernilai AS$150 bilion dari AS dalam tempoh lima tahun, termasuk untuk semikonduktor dan pusat data.
Namun, bank itu menegaskan tidak semua pembelian ini merupakan tambahan baharu, kerana sesetengah syarikat mungkin menukar sumber import sedia ada kepada AS.
Walaupun eksport dijangka perlahan sedikit, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia diramal menyederhana kepada 4.5 peratus pada 2026, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh.
Sektor perlombongan pula menyumbang hampir satu mata peratusan kepada pertumbuhan KDNK pada suku ketiga 2025 dan dijangka terus memberi kesan positif sehingga suku ketiga 2026.
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib