Ringgit cecah paras tertinggi untuk tempoh lima tahun

January 23, 2026 · Isu semasa

Ringgit mencatat lonjakan ketara pada awal dagangan Jumaat apabila menghampiri paras tertinggi dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), susulan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Pada sekitar jam 8 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.0285/0440 berbanding dolar AS, berbanding paras penutup 4.0370/0415 pada Khamis.

Paras ini hampir menyamai rekod terakhir pada Januari 2021, ketika ringgit diniagakan sekitar 4.02 sedolar.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) itu memberi isyarat jelas mengenai kestabilan dasar monetari negara, sekali gus meningkatkan keyakinan pasaran terhadap ringgit.

“Kekalkan OPR menunjukkan BNM yakin dengan keadaan ekonomi semasa, dan ini menyokong prestasi ringgit,” katanya.

Beliau menambah sentimen pasaran global turut bertambah baik selepas Presiden AS, Donald Trump, dilihat meredakan pendirian agresifnya terhadap isu Greenland, sekali gus mengurangkan ketegangan geopolitik yang sebelum ini menekan pasaran kewangan.

Dari sudut data ekonomi AS, inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) meningkat kepada 2.8 peratus pada Disember, selari dengan jangkaan pasaran.

Perkembangan itu mengukuhkan andaian bahawa Rizab Persekutuan AS akan mengekalkan kadar faedahnya dalam mesyuarat akan datang.

“Dalam masa sama, Indeks Dolar AS susut hampir setengah peratus, manakala harga emas terus mencatat paras tertinggi baharu. Keadaan ini membuka ruang untuk ringgit terus mengukuh,” katanya.

Ringgit sebelum ini berada di bawah tekanan akibat pengukuhan dolar AS dan ketidaktentuan global, namun trend terkini menunjukkan pemulihan yang lebih konsisten, disokong faktor domestik dan luaran.

Dalam dagangan awal, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama, mengukuh berbanding yen Jepun tetapi susut berbanding pound Britain dan euro.

Prestasi yang hampir sama turut dilihat berbanding mata wang serantau, dengan ringgit mengukuh berbanding peso Filipina, namun melemah sedikit berbanding dolar Singapura dan baht Thailand.

Berita berkaitan
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
23 jam lalu· Isu semasa
Eksport Malaysia cecah RM1.81 trilion, rekod tertinggi sejak 1990
November 23, 2026· Isu semasa
Anwar pertahan sokongan kepada Xi meskipun berdepan tekanan
November 20, 2026· Isu semasa
Malaysia teguh pendirian sokong perdagangan terbuka: Anwar
November 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
3 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
3 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
5 jam lalu · Isu semasa
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
22 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok