Guan Eng desak Sosma dimansuh susulan penahanan remaja 16 tahun

January 25, 2026 · Isu semasa

Lim Guan Eng menggesa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma dimansuhkan atau dirombak secara menyeluruh susulan penahanan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Kedah baru-baru ini yang mencetuskan kritikan meluas.

Walaupun remaja itu telah dibebaskan selepas sembilan hari ditahan, Penasihat DAP itu berkata insiden berkenaan menunjukkan wujud masalah serius dalam pelaksanaan undang-undang keselamatan sedia ada.

Menurutnya, sesuatu yang “sangat tidak kena” apabila seorang kanak-kanak boleh ditahan di bawah peruntukan sekeras Sosma.

“Pengalaman ini pasti traumatik buat remaja tersebut dan ibunya. Dia dilaporkan mengalami muntah serta alahan kulit semasa dalam tahanan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Guan Eng berkata Sosma perlu dipinda segera bagi memastikan pematuhan kepada kedaulatan undang-undang, proses sewajarnya dan perlindungan hak asasi manusia seperti yang dijamin Perlembagaan.

“Masa untuk bertindak adalah sekarang bagi mengelakkan lebih banyak penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Kes itu mula mendapat perhatian selepas ibu remaja berkenaan mendedahkan anaknya ditahan di sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Jitra pada 14 Januari lalu atas syak wasangka berkaitan penyeludupan warga asing.

Remaja itu ditahan bersama bapanya dan beberapa individu lain untuk siasatan di bawah Sosma serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Guan Eng turut mempersoalkan mengapa pengecualian ikat jamin di bawah Seksyen 13 Sosma tidak digunakan, sedangkan peruntukan itu membenarkan kelonggaran terhadap wanita, kanak-kanak dan individu yang mempunyai masalah kesihatan.

Kes berkenaan turut dikritik kumpulan hak asasi manusia, termasuk Suaram, yang menegaskan remaja itu sepatutnya ditangani di bawah Akta Kanak-Kanak, bukannya ditahan menggunakan undang-undang keselamatan.

Pengarah eksekutif Suaram, Azura Nasron berkata penahanan sedemikian tidak boleh diterima dan bercanggah dengan perlindungan kanak-kanak yang diwajibkan undang-undang.

Berita berkaitan
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
October 22, 2026· Politik
Akmal lelong motosikal, ikan tilapia bayar saman fitnah
October 21, 2026· Politik
Akmal tetap lawan, enggan berundur selepas kalah saman fitnah RM300 ribu
October 19, 2026· Politik
Guan Eng cadang kerajaan saman Indonesia jika terus tolak bantuan jerebu
October 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
16 jam lalu · Isu semasa
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
18 jam lalu · Isu semasa
Dalang kapal bawa dadah RM785 juta dikenal pasti, polis buru suspek
18 jam lalu · Isu semasa
Sultan Selangor: Teguran demi rakyat, bukan pertelingkahan
22 jam lalu · Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
October 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok