Nahas bas: Kerajaan umum bantuan tambahan, permit syarikat dibatal serta-merta

June 11, 2025 · Isu semasa

Sebanyak RM10,000 bantuan tambahan disalurkan kerajaan bagi semua mangsa yang terjejas dalam insiden kemalangan bas di Gerik, Perak baru-baru ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil memberitahu semasa mesyuarat Kabinet hari ini, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memaklumkan setiap keluarga mangsa yang meninggal dunia akan menerima bantuan tambahan RM10,000 untuk keluarga mangsa meninggal dunia dan RM5,000 bagi yang cedera.

“Perdana Menteri sudah maklumkan kepada Jemaah Menteri supaya diberikan bantuan tambahan kepada setiap keluarga mangsa yang meninggal dunia sebanyak RM10,000 dan yang cedera, RM5,000.

“Perdana Menteri juga sudah arahkan Jabatan Peguam Negara meneliti dari aspek insurans kepada mangsa-mangsa ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke juga mengumumkan semua permit syarikat pengendali bas persiaran yang terbabit dalam kemalangan di Gerik, Perak dibatalkan serta-merta berikutan pelanggaran beberapa syarat permit.

Jelasnya, pemilik syarikat melakukan dua kesalahan besar iaitu permit pengendalian bas dipajak kepada pihak ketiga dan pengendalinya tidak mengaktifkan GPS.

“Pemilik memajak kepada pihak ketiga. Pemilik beralamat di Kedah dan dipajakkan kepada pengendali di Kelantan dan dibayar RM500 sebulan.

“Ini melanggar syarat. Apabila mereka diminta serahkan laporan GPS, mereka tak dapat (serahkan) sebab GPS pun tak diaktifkan,” katanya pada sidang media sama.

Isnin lalu, 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dalam perjalanan kembali ke kampus maut apabila bas sewa khas dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak, terbalik sebelum melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di JRTB.

Nahas itu turut menyebabkan 33 lagi mangsa cedera, termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang kereta Perodua Alza.

Kelmarin, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan akan menyalurkan bantuan awal RM2,000 dan bantuan bencana RM1,000 kepada waris mangsa terbabit dalam tragedi mengorbankan 15 nyawa di Kilometer 53 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), dekat Gerik itu.

Kerajaan Perak turut mengumumkan sumbangan bantuan awal berjumlah RM1,000 kepada waris setiap mangsa kemalangan, manakala Kerajaan Terengganu pula dengan bantuan one-off RM3,000 kepada 15 keluarga mangsa yang maut.

Bagi mangsa yang cedera pula, kerajaan Terengganu dilapor akan menyalurkan bantuan kebajikan sebanyak RM1,000 kepada 33 mangsa terbabit.

Berita berkaitan
Sasar 5,010 peserta sertai latihan AI di NADI seluruh negara: Fahmi
8 jam lalu· Isu semasa
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
14 jam lalu· Politik
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
June 26, 2026· Isu semasa
‘Kesejahteraan Dinikmati’ jadi tema sambutan Hari Kebangsaan: Fahmi
June 26, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perkasa bantuan guaman syarie dengan peruntukan baharu RM1.5 juta: PMX
11 jam lalu · Isu semasa
Portal rasmi KKM diserang penggodam
14 jam lalu · Isu semasa
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
June 26, 2026 · Isu semasa
226 pegawai SPRM dikenakan tindakan tatatertib sejak 2021
June 26, 2026 · Isu semasa
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
June 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok