PM arah tindakan lebih keras terhadap e-waste haram: Suhaily

February 3, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) bersama agensi penguat kuasa lain memperhebat operasi membanteras kegiatan pengimportan sisa elektronik (e-waste) secara haram ke negara ini.

Ketua Pengarah AKPS, Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata arahan itu turut menekankan kerjasama rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan bagi memastikan kegiatan penyeludupan dapat ditumpaskan sepenuhnya.

Beliau berkata Perdana Menteri memberi amaran keras terhadap mana-mana pegawai penguat kuasa yang bersubahat.

“Jika ada pegawai memberi perlindungan atau menerima rasuah dalam aktiviti penyeludupan ini, tindakan tegas mesti diambil tanpa mengira siapa,” katanya semasa majlis amanat Ketua Pengarah AKPS di Putrajaya.

Menurutnya, isu integriti dalam agensi penguat kuasa kembali menjadi perhatian apabila Perdana Menteri secara terbuka menyatakan hilang kesabaran terhadap masalah tersebut.

Sejak usaha pengukuhan integriti dipertingkatkan, seramai 39 individu telah ditahan SPRM, dengan sebahagian sudah didakwa atau dikenakan tindakan tatatertib.

Mohd Shuhaily menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengancam keselamatan negara.

Beliau turut menjelaskan KPI AKPS tahun ini akan memberi fokus kepada peningkatan nilai rampasan serta usaha menyelamatkan dana kerajaan daripada ketirisan.

“AKPS bukan agensi kutipan cukai, tetapi penekanan kepada keselamatan negara perlu diperkukuh bagi menutup ruang ketirisan,” katanya.

Isu e-waste haram menjadi kebimbangan global kerana negara membangun sering dijadikan lokasi pelupusan bahan elektronik berbahaya.

Malaysia sebelum ini pernah dikesan sebagai lokasi transit dan pelupusan haram, sekali gus memberi risiko pencemaran alam sekitar dan kesihatan awam.

Kerajaan sebelum ini menegaskan Malaysia tidak boleh dijadikan pusat pembuangan e-waste.

Kabinet juga memberi kuasa penuh kepada agensi penguat kuasa untuk bertindak terhadap rasuah, salah guna kuasa dan aktiviti penyeludupan.

Dalam perkembangan lain, AKPS dijangka memulakan operasi di pintu masuk baharu RTS Link Johor Bahru-Singapura tahun ini, selaras dengan pembentangan Rang Undang-Undang RTS di Parlimen.

Kompleks ICQ Bukit Chagar bakal dilengkapi pagar elektronik bagi melancarkan proses pelepasan rentas sempadan.

Berita berkaitan
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
4 jam lalu· Politik
Mat Sabu hanya suarakan pandangan, bukan sindir sesiapa: Anwar
5 jam lalu· Politik
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
June 23, 2026· Politik
Johor perlukan kerajaan negeri sehaluan Putrajaya: Amanah
June 23, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak
6 jam lalu · Isu semasa
Pemilik kenderaan diesel boleh mohon tambahan 100 liter bila-bila masa
6 jam lalu · Isu semasa
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
6 jam lalu · Isu semasa
Selepas 20 Tahun di Brunei, MP Miri bantu bapa empat anak kembali bina hidup baharu
7 jam lalu · Isu semasa
Pengawal keselamatan dipenjara, didenda RM50,000 hina Agong di Facebook
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok