Parti Bersatu.
Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin dijangka tidak dapat menghadiri pendengaran Lembaga Disiplin parti yang dijadualkan berlangsung esok kerana berada di luar negara.
Menurut pembantunya dipetik laporan media memberitahu, Hamzah kini berada di Sydney, Australia bagi membantu anak perempuannya mendaftar masuk ke universiti.
Beliau berkata Hamzah hanya menerima notis rasmi ketika sudah berada di luar negara.
“Beliau menerima notis pada 7 Februari dan segera memaklumkan kepada Lembaga Disiplin bahawa beliau tidak dapat hadir,” kata pembantunya.
Ujarnya lagi, Hamzah lebih awal memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat bahawa beliau tidak dapat menghadiri sidang Parlimen dari 5 hingga 13 Februari atas urusan peribadi.
“Perkara itu sudah dimaklumkan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kekeliruan,” ujarnya.
Hamzah dipanggil ke pendengaran Lembaga Disiplin susulan aduan yang mendakwa beliau cuba mensabotaj mesyuarat agung tahunan parti bagi tahun 2025 selain didakwa melemahkan kepimpinan parti.
Notis bertarikh 6 Februari menyatakan panggilan tersebut adalah kali kedua selepas notis pertama dikeluarkan pada Oktober tahun lalu.
Selain Hamzah, sekurang-kurangnya enam lagi pemimpin Bersatu turut dipanggil untuk hadir ke pendengaran pada Khamis ini.
Perkembangan terbaru ini dijangka terus menjadi tumpuan pemerhati politik memandangkan ia melibatkan kepimpinan tertinggi parti serta potensi kesan terhadap kestabilan dalaman Bersatu menjelang landskap politik negara yang semakin dinamik.
BN kekal solo, tak layan kerjasama dengan PAS atau Wawasan: Zahid
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
Calon ‘underdog’ PH lawan Onn Hafiz sedia beri saingan sengit di DUN Machap
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar