Malaysia catat 5.2 peratusan pertumbuhan ekonomi, lepasi sasaran: Gabenor

February 13, 2026 · Isu semasa

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, melepasi unjuran rasmi kerajaan dan anggaran awal yang diumumkan sebelum ini.

Prestasi itu juga sedikit lebih tinggi berbanding pertumbuhan 5.1 peratus yang direkodkan pada 2024, menandakan momentum pemulihan ekonomi negara kekal kukuh dalam persekitaran global yang tidak menentu.

Bank Negara Malaysia dalam kenyataannya memaklumkan pertumbuhan itu didorong permintaan domestik yang stabil serta eksport yang terus berkembang.

“Momentum pertumbuhan ini dijangka berterusan pada 2026, disokong oleh permintaan dalam negeri dan eksport yang berdaya tahan,” kata Gabenor Bank Negara, Abdul Rasheed Ghaffour hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 berkembang antara 4.0 hingga 4.8 peratus, manakala anggaran awal meletakkan kadar pada 4.9 peratus.

Namun, peningkatan perbelanjaan isi rumah, keadaan pasaran buruh yang lebih positif serta sokongan dasar berkaitan pendapatan membantu melonjakkan pertumbuhan sebenar.

Pada suku keempat 2025, ekonomi berkembang 6.3 peratus berbanding 5.4 peratus pada suku sebelumnya.

Pelaburan pula kekal kukuh, khususnya dalam pembelian jentera dan kelengkapan termasuk pembangunan pusat data serta pelaksanaan projek besar sektor awam dan swasta.

Dari sudut sektor luaran, eksport disokong permintaan tinggi bagi produk elektrik dan elektronik, selain pertumbuhan pelancongan serta perkhidmatan ICT. Import turut meningkat, didorong keperluan barangan perantaraan dan barangan modal untuk projek pelaburan.

Dari segi penawaran, sektor perkhidmatan dan perkilangan menjadi penyumbang utama pertumbuhan.

Sektor perkhidmatan dipacu aktiviti berkaitan pengguna, perkhidmatan kerajaan dan teknologi digital. Sektor perkilangan pula mendapat manfaat daripada permintaan global terhadap teknologi dan barangan pengguna.

Sektor pertanian turut menunjukkan prestasi lebih baik, terutama pengeluaran minyak sawit berikutan keadaan cuaca yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ekonomi negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini disokong transformasi digital, peningkatan pelaburan teknologi dan pemulihan sektor pelancongan.

Perkembangan ini membantu mengukuhkan daya tahan ekonomi negara walaupun berdepan cabaran geopolitik dan turun naik perdagangan global.

Berita berkaitan
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
10 jam lalu· Isu semasa
Eksport Malaysia cecah RM1.81 trilion, rekod tertinggi sejak 1990
November 23, 2026· Isu semasa
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
November 22, 2026· Politik
Anwar pertahan sokongan kepada Xi meskipun berdepan tekanan
November 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
8 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
8 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
10 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
8 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok