Himpunan tangkap Azam Baki yang diadakan di ibu kota.
Perhimpunan #TangkapAzamBaki yang disertai beberapa pemimpin politik termasuk Rafizi Ramli berlangsung secara aman di Kuala Lumpur petang tadi, namun pihak Polis Diraja Malaysia akan meneliti semula keseluruhan kandungan perhimpunan itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata penelitian dilakukan melalui risikan serta semakan menyeluruh dari awal hingga tamat perhimpunan bagi memastikan tiada isu menyentuh sensitiviti perkauman, agama dan institusi diraja.
Walaupun perhimpunan ini berjalan lancar dan aman, polis tetap akan meneliti semua ucapan dan kandungan. Jika ada perkara menyentuh isu sensitif, siasatan akan dibuka serta-merta,” katanya dipetik laporan media.
Perhimpunan bermula sekitar jam 4 petang berhampiran kawasan SOGO Kuala Lumpur sebelum peserta bergerak ke Dataran Merdeka dan berakhir kira-kira jam 6 petang dengan pemantauan rapi polis.
Anggaran kehadiran sekitar 200 peserta, manakala kira-kira 600 anggota polis dikerahkan bagi mengawal keselamatan.
Himpunan itu dianjurkan oleh Sekretariat Tangkap Azam Baki bagi menyuarakan tuntutan berkaitan isu rasuah dan kebertanggungjawaban institusi penguatkuasaan.
Peserta membawa sepanduk tuntutan dan mendengar beberapa ucapan sebelum bersurai tanpa insiden.
Turut hadir beberapa Ahli Parlimen termasuk Nik Nazmi Nik Ahmad, Rodziah Ismail dan Wong Chen.
Gerakan #TangkapAzamBaki tercetus susulan kontroversi melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki, berkaitan dakwaan konflik kepentingan sebelum ini.
Isu itu mencetuskan perdebatan awam mengenai integriti institusi penguatkuasaan dan ketelusan dalam siasatan kes rasuah berprofil tinggi.
Pihak polis dalam masa sama menghargai kerjasama penganjur dan orang ramai kerana mematuhi arahan sepanjang perhimpunan berlangsung.
“Kerjasama semua pihak membantu memastikan ketenteraman awam terpelihara,” kata Fadil.
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum