Mas Ermieyati letak jawatan Ketua Bersatu Masjid Tanah, tapi masih kekal ahli lagi

February 19, 2026 · Politik

Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Bersatu Masjid Tanah, sekali gus menyaksikan keseluruhan jawatankuasa bahagian itu dibubarkan secara rasmi.

Keputusan tersebut dibuat dalam satu mesyuarat khas yang dihadiri ahli jawatankuasa bahagian, ketua sayap dan ketua cawangan.

Bekas setiausaha Bersatu Masjid Tanah, Shahrul Azhar Amir, berkata keputusan itu dicapai sebulat suara.

“Sesi mesyuarat khas ini merakamkan secara sebulat suara pendirian Bersatu Masjid Tanah. Tindakan ini dilakukan kerana kehilangan kepercayaan kami kepada Muhyiddin Yassin sebagai presiden,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

“Dengan peletakan jawatan ini, Jawatankuasa Bersatu Masjid Tanah adalah dengan ini terbubar secara rasmi,” tambahnya lagi.

Menurut laporan media, Mas Ermieyati mengesahkan perkara tersebut namun tidak mengulas lanjut punca keputusan itu dibuat.

Selain kepimpinan utama bahagian, seramai 11 ahli jawatankuasa, setiausaha sayap serta 10 ketua cawangan turut melepaskan jawatan masing-masing.

Mas Ermieyati sebelum ini memegang jawatan Ketua Srikandi Bersatu dan tindakannya dilihat sebagai perkembangan terbaharu dalam kemelut dalaman yang sedang melanda parti berkenaan.

Krisis dalam Bersatu memuncak selepas pemecatan Hamzah Zainudin sebagai timbalan presiden bersama 16 lagi pemimpin parti.

Susulan itu, beberapa ketua bahagian di seluruh negara mengambil langkah sama dengan mengumumkan peletakan jawatan beramai-ramai.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali, sebelum ini menegaskan perlembagaan parti tidak memberi kuasa kepada mana-mana ketua bahagian atau ahli untuk membubarkan bahagian secara sendiri.

Perkembangan terbaharu ini dijangka terus menguji kekuatan dan hala tuju Bersatu menjelang landskap politik yang semakin mencabar.

Berita berkaitan
Bersatu berkempen dengan kekuatan sendiri, tak apa PAS tak mahu bantu: Muhyiddin
2 jam lalu· Politik
PAS kempen calon sendiri sahaja, tidak bantu Bersatu di Johor: Hadi
June 26, 2026· Politik
Selepas Puad keluar UMNO, bekas ADUN Layang-Layang pula umum sertai Bersatu
June 25, 2026· Politik
Bersatu nafi bantah kemasukan Pejuang ke PN, bantah kemasukan PCM: Hilman
June 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
1 jam lalu · Politik
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
2 jam lalu · Politik
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
2 jam lalu · Politik
Calon ‘underdog’ PH lawan Onn Hafiz sedia beri saingan sengit di DUN Machap
2 jam lalu · Politik
PRN Johor buka tirai, 56 kerusi jadi rebutan
2 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok