Suami artis terkenal didakwa jalankan perniagaan sekuriti tanpa lesen

February 23, 2026 · Isu semasa

Suami kepada penyanyi dan aktivis terkenal, Heliza Helmi, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menjalankan perniagaan sekuriti tanpa lesen sah.

Mahadi Badrul Zaman, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus dan Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, Mahadi sebagai wakil AUF MBZ Consortium PLT didakwa menjalankan aktiviti perniagaan sekuriti sedangkan syarikat itu bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan tidak berdaftar sebagai entiti perniagaan sekuriti.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kediaman di Bayrocks Garden Waterfront Villa, Sunway South Quay, Subang Jaya antara 14 Jun 2021 hingga 15 Februari 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 58(4) akta sama, yang memperuntukkan denda maksimum RM10 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Akta tersebut mewajibkan mana-mana pihak yang menjalankan urus niaga sekuriti mendapatkan lesen sah daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi melindungi kepentingan pelabur serta memastikan ketelusan pasaran modal negara.

Peguam bela, Mohd Zamri Mohd Idrus, memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan dan tidak berisiko melarikan diri.

Beliau turut membangkitkan faktor peribadi termasuk tanggungan keluarga serta keadaan kesihatan ibu tertuduh yang menghidap kanser.

“Jika jaminan tidak dibenarkan dan beliau ditahan, janggut panjangnya berkemungkinan akan dipotong dan ini akan memberi kesan kepadanya,” katanya di mahkamah.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa SC, Danial Imran Nasaruddin, memohon mahkamah mengambil kira kepentingan awam serta keyakinan pelabur terhadap pasaran sekuriti.

Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM250,000 dengan dua penjamin, selain pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh melapor diri di pejabat SC setiap bulan.

Mahkamah kemudian membenarkan Mahadi diikat jamin RM50,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin serta memerintahkan semua syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan dipatuhi. Kes akan disebut semula pada tarikh yang akan ditetapkan.

Berita berkaitan
Isu mafia korporat: Polis siasat Victor Chin bawah AMLA, premis diserbu
March 17, 2026· Isu semasa
Datuk Seri Vida gagal batal penghakiman ingkar RM15.5 juta
March 6, 2026· Isu semasa
SPRM tahan tokoh perniagaan disyaki tipu pelabur lebih RM300 juta
January 22, 2026· Isu semasa
Kerajaan fokus ringankan hidup rakyat, permudah aktiviti perniagaan: Fahmi
January 11, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Masjid Warisan TRX diteruskan, Menteri Agama beri jaminan
13 jam lalu · Isu semasa
FINAS bawa 11 syarikat tempatan ke festival animasi dunia
13 jam lalu · Isu semasa
Iran pelawa Malaysia teroka kerjasama bekalan minyak: Laporan
14 jam lalu · Isu semasa
KPDN jelaskan status sebenar Madani Mart: Armizan
15 jam lalu · Isu semasa
SPRM arah pegawai kemas kini harta, perkukuh integriti dalaman: Azalina
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok