KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu

October 26, 2026 · Isu semasa

Sebanyak 28,401 lesen perniagaan dibatalkan dalam tempoh tiga tahun bagi membanteras kegiatan warga asing menjalankan perniagaan secara haram di negara ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, tindakan itu dilaksanakan menerusi 10,248 operasi bersepadu yang dijalankan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di seluruh negara.

Beliau berkata, sebanyak 100,366 tindakan penguatkuasaan diambil sepanjang tempoh berkenaan, termasuk 65,023 kompaun serta 6,942 tindakan sitaan dan perobohan premis.

Menurutnya, operasi itu dilaksanakan dengan kerjasama agensi strategik termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“KPKT telah mengambil tindakan tegas bagi mengekang warga asing berniaga secara haram di premis perniagaan seluruh negara.

“Saya ingin menegaskan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak akan teragak-agak membatalkan lesen perniagaan pemegang lesen tempatan yang melanggar syarat pelesenan seperti amalan ‘Ali Baba’ atau penyewaan premis kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan secara haram,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, Isnin.

Kor Ming berkata, penguatkuasaan itu bertujuan memastikan pemegang lesen tempatan mematuhi peraturan ditetapkan, khususnya berkaitan penggunaan premis perniagaan oleh pihak yang tidak dibenarkan.

Katanya, kementerian akan terus mempertahankan hak peniaga tempatan supaya peluang perniagaan yang disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.

Dalam perkembangan sama, KPKT turut mempergiat usaha menyediakan kemudahan perniagaan lebih baik bagi membantu usahawan tempatan.

Menerusi Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), sebanyak 107 projek pembinaan Gerai Madani dan naik taraf pasar awam uzur dilaksanakan pada 2026 dengan peruntukan RM60 juta.

Peruntukan itu akan ditingkatkan kepada RM120 juta pada 2027 bagi meneruskan usaha memperkasa peniaga tempatan.

“Langkah ini bertujuan menyediakan kemudahan perniagaan dan pasar awam yang lebih selamat, bersih dan selesa demi manfaat peniaga serta pengunjung,” katanya.

Isu warga asing menjalankan perniagaan secara tidak sah sebelum ini sering dikaitkan dengan penyalahgunaan lesen perniagaan oleh pemegang lesen tempatan, termasuk melalui amalan ‘Ali Baba’.

Penguatkuasaan bersepadu KPKT dan agensi berkaitan dilihat sebagai usaha memastikan aktiviti perniagaan dijalankan mengikut undang-undang serta melindungi peluang ekonomi rakyat tempatan.

Berita berkaitan
Parlimen: Rayer diminta hantar surat rasmi rujuk Takiyuddin ke jawatankuasa
October 26, 2026· Politik
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
October 24, 2026· Isu semasa
Kawalan sempadan diperketat, 24,631 pelawat ditolak
October 22, 2026· Isu semasa
MOF belum putuskan bantuan kewangan untuk AirAsia
October 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
October 26, 2026 · Isu semasa
Tok Mat persoal keberkesanan UNHCR urus pelarian Rohingya
October 26, 2026 · Isu semasa
Tanah LTAT RM420 juta dijual kepada AS melalui tender: Khaled Nordin
October 26, 2026 · Isu semasa
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok