Perdana Menteri, Anwar mengumumkan inisiatif peruntukan RM30 juta kepada pengamal media dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengumumkan diskaun diberikan AirAsia kepada pengamal media sempena sambutan Hari Wartawan Nasional.
Sebanyak RM30 juta akan diperuntukan kepada organisasi media di negara ini bagi menjalankan transformasi digital dan penggunaan teknologi baharu dalam penghasilan bahan kandungan.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim membuat pengumuman tersebut semasa merasmikan Hari Wartawan Nasional 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini bagi memastikan pengamal media tempatan tidak ketinggalan dalam teknologi terkini.
“Saya setuju memperuntukkan dana yang lebih besar bagi membantu organisasi media dalam negara sebagai langkah awal.
“Ia supaya transformasi digital dilakukan dengan bantuan dana kerajaan, latihan dan pendedahan kepada kepada wartawan, terutama yang muda.
“Ini untuk memastikan dunia wartawan tidak ketinggalan dalam usia mengajar perubahan ekoran kewujudan teknologi kecerdasan buatan (AI), selain menjamin keseimbangan AI dan etika (kewartawanan),” katanya.
Perincian berhubung peruntukan itu akan diumum dalam masa terdekat.
Anwar berkata, peruntukan itu adalah terbesar pernah diberikan kerajaan kepada media.
Sementara itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil turut mengumumkan syarikat penerbangan AirAsia bersetuju untuk memberi diskaun 50 peratus secara “sekali beri” pergi dan balik kepada semua pengamal media warganegara Malaysia, melibatkan lebih 57 destinasi di negara anggota Asean.
Ujarnya, inisiatif tersebut dilaksanakan bersempena Kepengerusian ASEAN–Malaysia 2025, sebagai penghargaan kepada jasa pengamal media tanah air.
“Pengumuman ini khusus untuk semua pemegang Kad Perakuan Media yang sah. Tempoh tempahan dibuka mulai sekarang hingga 31 Disember 2025, manakala tempoh penerbangan adalah dari April hingga September 2026,” katanya majlis sama.
Beliau memaklumkan, butiran dan mekanisme tempahan tiket akan diumumkan oleh Jabatan Penerangan (JAPEN) dalam masa terdekat bagi memastikan kelancaran pelaksanaan inisiatif berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Fahmi turut memaklumkan sebuah pesawat AirAsia akan dinamakan sempena penghargaan kepada wartawan, hasil kerjasama syarikat penerbangan itu.
“Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, memaklumkan kepada saya bahawa pihaknya bersedia menamakan sebuah kapal terbang atas nama wartawan.
“Kita akan bincangkan cadangan nama yang sesuai dan akan diadakan satu majlis rasmi untuk pelancarannya sebagai simbolik penghargaan kepada rakan-rakan media,” katanya.
Sehingga 4 Jun 2025, seramai 12,428 pengamal media aktif telah berdaftar dengan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN). Daripada jumlah itu, 12,297 adalah warganegara Malaysia yang berkhidmat dalam pelbagai platform termasuk media cetak, penyiaran, digital dan portal berita dalam talian.
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul
Global Sumud Flotilla: Nasib 10 aktivis Malaysia masih belum diketahui
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
Kerajaan usaha bebaskan aktivis GSF, PMX rayu keluarga terus kuat
Pengesahan identiti pengguna: Penyedia platform media sosial beri kerjasama positif
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan