Samsuri jadi Pengerusi PN, Amanah dakwa PAS jadi punca gabungan itu bergolak

February 25, 2026 · Politik

Pelantikan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu disifatkan Amanah bukan petanda kebangkitan gabungan itu, sebaliknya bukti ia sedang berdepan krisis dalaman yang serius.

Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar berkata, tindakan Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan tersebut menunjukkan bekas perdana menteri itu memilih berundur ketika keadaan tidak lagi stabil dan melihat PAS sebagai punca kepada perpecahan gabungan itu.

“Pelantikan ini bukan tanda PN sudah pulih. Kepimpinan yang lahir ketika organisasi kuat adalah mandat, tetapi kepimpinan yang muncul ketika organisasi retak adalah mewarisi kerosakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 22 Februari lalu, PN mengumumkan Samsuri menggantikan Muhyiddin selepas satu mesyuarat Majlis Tertinggi diadakan.

Proses pengesahan peletakan jawatan dan pelantikan baharu itu didakwa berlangsung kurang 30 minit.

Mesyuarat tersebut diadakan hampir enam minggu selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, menghantar surat mendesak ia disegerakan.

Perkembangan itu berlaku selepas hubungan PAS dan Bersatu dilaporkan tegang susulan isu pertukaran Menteri Besar Perlis sebelum ini.

Latar belakang ketegangan tersebut mencetuskan spekulasi mengenai kestabilan dalaman gabungan berkenaan.

Mahfuz mengibaratkan situasi itu seperti pasukan bola sepak yang berada dalam keadaan berbeza.

“Kalau pasukan sedang menang 3-0, semua orang berebut jadi kapten. Tetapi apabila kalah 0-3, siapa yang ambil lilitan kapten bukan ambil kemenangan, dia ambil masalah,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan keupayaan PAS mengurus konflik dalaman, merujuk kepada perkembangan politik di Perlis.

Menurutnya, kehilangan jawatan utama kerajaan negeri itu bukan berpunca daripada penolakan rakyat, tetapi kegagalan mengurus perbezaan dalam parti.

“Macam mana PAS nak selamatkan PN sedangkan Perlis yang kecil pun gagal diselamatkan,” katanya lagi.

Mahfuz menegaskan kekuatan sesebuah parti bukan hanya bergantung kepada jumlah kerusi dimenangi, sebaliknya kestabilan dalaman, disiplin organisasi dan keupayaan mentadbir.

“Perubahan pengerusi ini bukan simbol kebangkitan, tetapi lebih kepada usaha menyusun semula kepimpinan di atas struktur yang sedang mereput,” katanya.

Berita berkaitan
PAS perlu uji kekuatan sebenar ‘gelombang hijau’, tinggalkan PN bertanding guna bulan
1 jam lalu· Politik
PAS disaran keluar PN, bentuk gabungan baharu bersama UMNO: Tun Faisal
2 jam lalu· Politik
Ramasamy sindir PAS, ucap ‘terima kasih’ berjaya pecahkan PN
2 jam lalu· Politik
PAS mahu kuasai PN buat apa saja mereka nak? – Tun Faisal
24 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Selangor umum bantuan rakyat RM209 juta, Johor pula bersedia untuk pilihan raya: AMK
June 19, 2026 · Politik
DAP ikhlas dengan UMNO, bukan hanya kawan masa senang: Nie Ching
1 jam lalu · Politik
21 saksi selesai beri keterangan dalam kes rasuah bekas MB Perlis
1 jam lalu · Politik
PKR teliti tindakan undang-undang terhadap Rafizi, Nik Nazmi
2 jam lalu · Politik
PH umum calon PRN Johor Isnin ini: Zaliha
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok