JIM nafi keluarkan poster tular pasport dan Mykad 2026

February 26, 2026 · Isu semasa

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan pihaknya mengeluarkan poster bertajuk “New: Malaysia Passport & MyKad 2026” yang kini tular di media sosial dan dikaitkan dengan laman web rasmi jabatan itu.

Menurut JIM, poster berkenaan bukan dikeluarkan oleh pihaknya dan kandungan yang dipaparkan adalah tidak sahih serta tidak mewakili sebarang pengumuman rasmi.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan dan sentiasa merujuk kepada saluran rasmi JIM bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih berkaitan pasport Malaysia atau sebarang pengumuman dasar,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Poster tersebut mendakwa terdapat pembaharuan besar melibatkan pasport Malaysia dan MyKad bermula 2026, sekali gus mencetuskan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Bagaimanapun, semakan mendapati tiada sebarang pengumuman dibuat melalui laman web atau platform media sosial rasmi JIM.

JIM menegaskan bahawa sebarang perkembangan rasmi hanya akan dimaklumkan melalui laman web dan platform media sosial rasmi jabatan itu.

Orang ramai diminta lebih berwaspada serta tidak mudah terpedaya dengan bahan grafik atau poster yang menggunakan logo atau nama agensi tanpa pengesahan.

Penyebaran maklumat tidak tepat boleh menimbulkan panik dan kekeliruan, terutama melibatkan urusan penting seperti dokumen perjalanan dan pengenalan diri.

Justeru, orang ramai digesa menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi di media sosial bagi mengelakkan salah faham berterusan.

Berita berkaitan
Wanita didakwa sebar berita palsu harga minyak: MCMC
April 30, 2026· Isu semasa
Pemuda Amanah Bachok dikompaun MCMC, luah rasa kesal
April 26, 2026· Politik
Isu berita palsu diesel jual ke Filipina, seorang individu dirakam keterangan
April 24, 2026· Politik
463 kandungan palsu dikesan berkait krisis bekalan global, Facebook tertinggi: Fahmi
April 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh 61 tikaman: Mangsa baharu seminggu sambung semester baharu
May 2, 2026 · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: 10 rakyat Malaysia sudah dibebaskan
May 2, 2026 · Isu semasa
Kes bunuh 61 tikaman: Empat individu direman Polis Kelantan
May 2, 2026 · Isu semasa
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul
20 jam lalu · Isu semasa
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok