Ringgit dijangka bergerak berhati-hati minggu depan ekoran krisis Asia Barat

March 7, 2026 · Isu semasa

Ringgit dijangka terus diniagakan secara berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan ketika pelabur memberi perhatian kepada perkembangan konflik di Timur Tengah serta beberapa data ekonomi penting dari AS.

Pakar ekonomi menjangka sentimen pasaran global masih tidak menentu berikutan ketegangan geopolitik yang berlarutan, sekali gus mempengaruhi pergerakan mata wang negara membangun termasuk ringgit.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran pada minggu depan akan terus memberi tumpuan kepada konflik di Timur Tengah yang dilihat menjadi faktor utama mempengaruhi sentimen pelabur.

Menurut beliau, beberapa data ekonomi penting AS seperti Indeks Harga Pengguna (IHP) serta perbelanjaan peribadi pengguna bagi Februari juga akan diumumkan, namun kesannya terhadap pasaran mungkin terhad buat masa ini.

“Apa yang diharapkan oleh pasaran ialah ketegangan konflik itu dapat dikurangkan, namun setakat ini keadaan tersebut masih sukar dicapai,” katanya dipetik laporan Bernama.

Beliau menjelaskan konflik geopolitik sering memberi kesan kepada harga komoditi global, khususnya minyak mentah, yang akhirnya mempengaruhi inflasi dan dasar monetari negara-negara utama dunia.

Sementara itu, Kenanga Investment Bank berpandangan pasaran masih memberi perhatian rapat kepada pergerakan harga minyak mentah serta kesannya terhadap inflasi di AS dan keputusan dasar kadar faedah oleh Rizab Persekutuan.

Menurut bank pelaburan itu, walaupun harga minyak yang tinggi memberi kelebihan kepada ekonomi Malaysia dalam jangka pendek, ringgit kini tidak lagi bergerak seiring dengan harga minyak seperti sebelum ini.

“Ringgit kini lebih dilihat sebagai mata wang pasaran pesat membangun yang mudah dipengaruhi turun naik sentimen global,” menurut kenyataan itu.

Beliau menambah selagi pelabur belum mendapat gambaran jelas mengenai tempoh konflik di Timur Tengah, dolar AS dijangka kekal kukuh dan berpotensi mengekalkan ringgit dalam julat sekitar 3.94 hingga 3.98 berbanding dolar AS.

Pada penutupan dagangan minggu ini, ringgit susut kepada 3.9425/9535 berbanding dolar AS berbanding 3.8910/8960 pada minggu sebelumnya.

Sepanjang minggu ini, ringgit turut mencatatkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang utama dunia dan serantau, mencerminkan sentimen pasaran global yang masih berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik.

Berita berkaitan
Ringgit mengukuh menjelang pengumuman KDNK suku ketiga
November 18, 2026· Isu semasa
Ringgit mengukuh menjelang keputusan OPR: Bernama
November 5, 2026· Isu semasa
Minyak dunia berisiko melonjak AS$140 setong: Goldman Sachs
November 2, 2026· Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama
November 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
7 jam lalu · Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
7 jam lalu · Isu semasa
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
10 jam lalu · Isu semasa
GST belum sesuai dilaksana, kerajaan kekal SST: MOF
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu diluluskan: MOF
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok