Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen

November 24, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap seorang Ahli Parlimen yang didakwa mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti agama ketika melakukan lawatan ke Terengganu, baru-baru ini.

Anwar menegaskan tiada sesiapa yang terkecuali daripada tindakan penguatkuasaan sekiranya mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Beliau turut menyatakan ketidaksetujuannya terhadap kenyataan Ahli Parlimen terbabit yang dilaporkan mempersoalkan tindakan menutup premis perniagaan bagi memberi laluan kepada umat Islam menunaikan solat Jumaat.

“Kenyataan Ahli Parlimen terbabit, saya tidak bersetuju. Itu jelas.

“Walaupun kini sudah minta maaf, itu saya serah kepada siasatan… apakah kenyataan dibuat selepas mohon maaf, itu keputusan PDRM (Polis Diraja Malaysia),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Rosol sebelum itu meminta penjelasan kerajaan mengenai tindakan yang akan diambil terhadap Ahli Parlimen berkenaan susulan kenyataan yang didakwa menyentuh sensitiviti keagamaan.

Anwar berkata, perkara itu perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan sama ada kenyataan yang dibuat mempunyai asas untuk dikenakan tindakan undang-undang.

Walaupun Ahli Parlimen terbabit dilaporkan sudah membuat permohonan maaf, Anwar menegaskan siasatan tetap perlu dijalankan bagi memastikan kedudukan sebenar perkara berkenaan.

Isu itu mencetuskan perhatian susulan amalan penutupan premis perniagaan di sesetengah kawasan ketika solat Jumaat bagi menghormati waktu ibadah umat Islam, khususnya di negeri yang mempunyai peraturan berkaitan perkara berkenaan.

Kerajaan sebelum ini turut menegaskan kepentingan menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama serta mengelakkan sebarang kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan.

Berita berkaitan
Jangan abaikan madrasah dalam mengejar kemajuan negara: Anwar
14 jam lalu· Isu semasa
Pembubaran DUN bukan jaminan krisis Negeri Sembilan selesai: Laporan
24 jam lalu· Politik
Pua persoal Zahid, ungkit kegagalan GST era Najib
November 23, 2026· Isu semasa
PRU-16: PH boleh pertimbang logo parti masing-masing
November 21, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
GST belum sesuai dilaksana, kerajaan kekal SST: MOF
November 24, 2026 · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu diluluskan: MOF
November 24, 2026 · Isu semasa
Isu cip AI: Tiga syarikat Malaysia dikenakan sekatan AS
November 24, 2026 · Isu semasa
Turkiye belum sedia terima pelarian Rohingya
November 24, 2026 · Isu semasa
SPR daftar hampir 42,000 pengundi baharu pada Oktober
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok