MP DAP gesa tindakan tegas berhubung isu hina simbol agama

March 10, 2026 · Isu semasa

Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap seorang individu yang didakwa menghina simbol suci agama Hindu, Trisula, selepas insiden tersebut mencetuskan kemarahan dalam kalangan masyarakat Hindu.

Syahredzan berkata perbuatan menghina simbol keagamaan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia.

Menurutnya, tindakan provokatif seperti itu berpotensi menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama jika tidak ditangani segera.

“Dalam negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, kita mesti menjaga keharmonian bersama. Sebarang penghinaan atau provokasi terhadap agama lain tidak boleh diterima,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau menggesa Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan segera memandangkan laporan polis telah dibuat terhadap individu berkenaan.

Menurutnya, tindakan tegas perlu diambil tanpa mengira latar belakang mana-mana pihak yang terlibat.

Syahredzan turut menegaskan bahawa sebarang isu berkaitan tanah atau rumah ibadat yang tidak mematuhi peraturan tidak boleh dijadikan alasan untuk menghina simbol agama.

“Jika tidak ditangani dengan betul, perkara seperti ini boleh menimbulkan kemarahan masyarakat dan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap pihak berkuasa,” katanya lagi.

Syahredzan juga menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Kementerian Perpaduan Negara, supaya memperbanyakkan program melibatkan golongan muda daripada pelbagai kaum dan agama bagi mengukuhkan perpaduan nasional.

Selain itu, beliau mencadangkan agar satu pertemuan melibatkan wakil pelbagai agama diadakan bagi meredakan ketegangan yang timbul kebelakangan ini.

“Jangan biarkan api kemarahan dan kebencian membakar negara. Ini tanggungjawab kita bersama,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO berpendirian sebarang program hiburan perlu ada batas: Zahid
9 jam lalu· Politik
Kes bunuh 61 tikaman: Empat individu direman Polis Kelantan
9 jam lalu· Isu semasa
Puad bidas DAP takut bubar DUN Negeri Sembilan
May 1, 2026· Politik
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
April 30, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh 61 tikaman: Mangsa baharu seminggu sambung semester baharu
8 jam lalu · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: 10 rakyat Malaysia sudah dibebaskan
9 jam lalu · Isu semasa
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul
May 1, 2026 · Isu semasa
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
May 1, 2026 · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: Nasib 10 aktivis Malaysia masih belum diketahui
May 1, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok