MIC tangguh sertai PN selepas PAS kuasai gabungan itu: Sumber

March 20, 2026 · Politik

MIC dilaporkan menangguhkan hasrat untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) dan kini sedang menilai semula kedudukan dalam Barisan Nasional (BN), susulan perkembangan terkini senario politik semasa.

Menurut sumber dalaman parti, keputusan itu dibuat selepas melihat tanda-tanda pemulihan dalam UMNO dan melihat keadaan dalam PN yang ketika ini dilihat dikuasai hampir majoriti oleh PAS selepas pelantikan pengerusinya yang baharu.

“MIC sebelum ini serius mempertimbangkan untuk keluar dan menyertai PN kerana kecewa dengan UMNO, tetapi kini kami ‘menekan brek’ buat sementara waktu selepas melihat sedikit gambaran masa depan,” kata seorang sumber yang dipetik laporan portal.

Perkembangan itu dikaitkan dengan kemungkinan kembalinya beberapa pemimpin berpengaruh ke dalam UMNO, termasuk Khairy Jamaluddin dan Hishammuddin Hussein, yang dilihat mampu menguatkan semula parti tersebut.

Pada masa sama, MIC menafikan dakwaan parti itu sudah menyertai PN.

Timbalan Presidennya, M Saravanan, sebelum ini menjelaskan pihaknya hanya mendapatkan maklumat berhubung implikasi menyertai gabungan berkenaan, bukannya mengemukakan permohonan rasmi.

Sumber itu turut mendedahkan faktor dalaman PN dan perubahan sokongan pengundi turut mempengaruhi pertimbangan MIC.

“Ketika ini PN berdepan perpecahan dalaman, manakala keyakinan terhadap Pakatan Harapan juga dilihat semakin merosot. Buat masa ini, BN dilihat lebih berdaya saing,” katanya.

Selain itu, terdapat perubahan sentimen dalam kalangan pengundi Melayu yang kini dilihat mula memberi sokongan semula kepada UMNO, tanpa terlalu bergantung kepada kepimpinan presiden parti semata-mata.

Bagaimanapun, hubungan MIC dengan BN bukan tanpa masalah.

Sumber itu mengakui wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin dan akar umbi.

“Kami pernah berasa dilayan seperti anak tiri, khususnya dalam soal agihan kerusi. Itu antara punca kekecewaan sebelum ini,” katanya.

 

Berita berkaitan
Fokus bantu rakyat, UMNO sokong cadangan PMX tidak buat PRU awal
1 jam lalu· Politik
Jawatan Ketua Pembangkang masih tergantung, Muhyiddin desak keputusan segera
2 jam lalu· Politik
Samsuri gagal umum calon Ketua pembangkang Baharu, minta bersabar pula
21 jam lalu· Politik
PN tangguh umum Ketua Pembangkang baharu: Hadi
April 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PKR diingatkan kekal bersatu, elak perbalahan terbuka: Ramanan
2 jam lalu · Politik
Rafizi didakwa buat sabotaj dalaman PKR
5 jam lalu · Politik
Himpunan bantah harga minyak tak selesaikan kos sara hidup: AMK Johor
5 jam lalu · Politik
Tiada PRU pada masa terdekat, fokus pulihkan negara hadapi krisis global
21 jam lalu · Politik
Rafizi disaran muhasabah diri, henti salahkan pihak lain: PKR Maran
April 4, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok