Jawatan Ketua Pembangkang masih tergantung, Muhyiddin desak keputusan segera

April 5, 2026 · Politik

Presiden Bersdatu Muhyiddin Yassin meluahkan kekecewaan ekoran jawatan Ketua Pembangkang masih belum diisi secara rasmi, walaupun individu yang tidak lagi bersama parti dikatakan terus menggunakan kedudukan tersebut.

Muhyiddin berkata, cadangan pelantikan sudah dikemukakan lebih awal, namun sehingga kini tiada keputusan muktamad dibuat oleh Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN).

“Sudah tentu tidak wajar orang yang tidak layak masih berlegar-legar menggunakan kedudukan sebagai Ketua Pembangkang,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Pagoh.

Menurutnya, kekosongan jawatan itu sepatutnya diselesaikan segera tanpa perlu menunggu sidang Parlimen.

“Kalau sudah kosong, isi. Takkan tak ada calon. Jika sudah ada calon, tidak perlu menunggu Parlimen bersidang,” ujarnya lagi.

Muhyiddin turut mencadangkan supaya Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan mengemukakan nama calon kepada Speaker Dewan Rakyat bagi mempercepatkan proses pelantikan.

Beliau menegaskan bahawa kelewatan itu boleh menjejaskan imej gabungan berkenaan di mata rakyat.

“Ini bukan hak mana-mana parti dalam PN. Ini hak PN secara keseluruhan. Bila ada keputusan, ia sepatutnya dilaksanakan segera,” katanya.

Pada masa sama, beliau menggesa Pengerusi PN yang baharu, Ahmad Samsuri Mokhtar bersama kepimpinan tertinggi lain memberi perhatian serius terhadap isu tersebut dan menyelesaikannya secepat mungkin.

Sebelum ini, PN dilaporkan masih belum memuktamadkan pemilihan Ketua Pembangkang kerana beberapa proses dalaman yang perlu diselesaikan.

Isu ini timbul susulan pemecatan Hamzah Zainuddin daripada Bersatu.

Perkembangan itu mencetuskan desakan supaya jawatan Ketua Pembangkang dirombak kerana beliau tidak lagi mewakili mana-mana parti dalam gabungan berkenaan.

Berita berkaitan
PRN Johor: Rundingan dengan UMNO gagal, Samsuri tandatangan watikah calon
June 25, 2026· Politik
Hampir 14 juta rakyat nikmati subsidi BUDI MADANI
4 jam lalu· Isu semasa
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
22 jam lalu· Isu semasa
Bersatu nafi bantah kemasukan Pejuang ke PN, bantah kemasukan PCM: Hilman
22 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
UMNO bukan parti warisan keluarga, Asyraf tegur Puad
June 25, 2026 · Politik
Dakwa universiti awam jual tempat, ADUN Jitra dihadapkan ke mahkamah
June 25, 2026 · Politik
Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor buat laporan polis
4 jam lalu · Politik
PRN Johor: Agihan kerusi, isu logo BN jadi punca rundingan UMNO-PAS buntu
4 jam lalu · Politik
“Onn Hafiz pak turut, UMNO Johor boneka terikat,” Puad umum keluar UMNO
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok