Video tular: Dua ahli MPP ditahan polis minta ‘wang perlindungan’ di rumah urut

March 29, 2026 · Isu semasa

Polis menahan dua ahli Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) yang dikaitkan dengan video tular memaparkan dakwaan meminta ‘wang perlindungan’ daripada sebuah pusat urut di Wangsa Maju.

Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus, mengesahkan penahanan itu malam tadi, sekali gus menguatkan siasatan terhadap kes yang mencetuskan perhatian awam sejak beberapa hari lalu.

“Kedua-dua individu telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Isu tersebut mula hangat selepas sebuah video tersebar di media sosial yang menunjukkan dua individu dipercayai ahli MPP meminta bayaran sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap premis berkenaan.

Difahamkan, permintaan itu berkait dengan aduan penduduk setempat terhadap operasi pusat urut tersebut.

Sehingga kini, polis telah menerima sekurang-kurangnya tiga laporan berhubung insiden berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penyebaran kandungan.

Dalam perkembangan berkaitan, PKR sebelum ini mengarahkan kedua-dua individu terbabit meletakkan jawatan serta-merta daripada kedudukan mereka dalam MPPWP.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan, Azman Abidin berkata langkah itu penting bagi memastikan siasatan dapat dijalankan tanpa sebarang gangguan.

“Peletakan jawatan ini bertujuan memberi ruang kepada siasatan yang telus, sama ada oleh pihak polis mahupun parti,” katanya.

Berita berkaitan
PKR tidak bertanding PRN Sarawak, hormati kerjasama dengan GPS
6 jam lalu· Politik
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
8 jam lalu· Isu semasa
PRU-16: PH boleh pertimbang logo parti masing-masing
November 21, 2026· Politik
Isu solat Jumaat: Adam Adli minta Khoo Poay Tiong tarik balik kenyataan, mohon maaf
November 20, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
6 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
6 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
8 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
7 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok