Harga minyak dunia melonjak AS$120 setong

March 30, 2026 · Isu semasa

Harga minyak global kembali melonjak pada awal minggu ini, menghampiri paras AS$120 setong ketika ketegangan konflik Iran terus memuncak dan memberi tekanan besar kepada pasaran tenaga dunia.

Minyak mentah Brent Laut Utara bagi penghantaran Mei meningkat kira-kira empat peratus semalaman, mencecah hampir AS$117 setong sebelum susut sedikit kepada AS$115.55 pada awal dagangan pagi, masih 2.7 peratus lebih tinggi berbanding penutup minggu lalu.

Kenaikan ini menghampiri paras tertinggi sementara AS$119.50 yang direkodkan tiga minggu lalu.

Sejak konflik bermula, harga Brent telah melonjak hampir 60 peratus, manakala minyak mentah penanda aras Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI), kini melepasi AS$100 setong, peningkatan lebih 50 peratus berbanding sebelum perang.

Peningkatan mendadak ini berlaku ketika serangan ketenteraan antara pihak terlibat semakin intensif.

Tentera Israel memaklumkan bahawa “infrastruktur ketenteraan” di Tehran menjadi sasaran, namun tidak memperincikan butiran lanjut.

Pada masa sama, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mendakwa operasi ketenteraan negara itu berjaya memusnahkan beberapa sasaran penting.

“Hari yang hebat di Iran,” katanya dalam satu hantaran di platform Truth Social, sambil menambah bahawa banyak lokasi yang telah lama disasarkan berjaya diserang.

Iran pula tidak berdiam diri apabila meneruskan serangan balas terhadap Israel serta beberapa kawasan di negara Teluk, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan minyak global.

Dalam temu bual berasingan, Trump turut menyatakan hasrat untuk menguasai sumber minyak Iran, satu kenyataan yang dilihat boleh menambah ketegangan geopolitik sedia ada.

Penganalisis memberi amaran selagi konflik berlarutan tanpa penyelesaian, harga minyak berpotensi terus tidak stabil dan kekal pada paras tinggi.

Berita berkaitan
Harga minyak RON97 turun 50 sen, RON95 turun 40 sen
November 11, 2026· Isu semasa
Minyak dunia berisiko melonjak AS$140 setong: Goldman Sachs
November 2, 2026· Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
October 28, 2026· Isu semasa
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
October 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
November 24, 2026 · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
November 24, 2026 · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
2 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
2 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok