Minyak diesel.
Harga diesel di Singapura melonjak ke paras tertinggi apabila melepasi S$4 seliter pada Isnin, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap peningkatan kos hidup dan operasi perniagaan di republik itu.
Menurut data daripada laman pemantauan harga bahan api, kebanyakan peruncit kini menjual diesel pada harga mencecah S$4.13 seliter.
Kenaikan mendadak ini berlaku dalam tempoh singkat selepas harga berada sekitar S$3.73 hingga S$3.93 seliter pada 27 Mac lalu.
Perkembangan itu menjadikan harga diesel di Singapura sebagai yang tertinggi pernah direkodkan, sekali gus memberi tekanan kepada sektor logistik dan pengangkutan yang bergantung besar kepada bahan api tersebut.
Pada masa sama, harga petrol RON95 dilaporkan kekal stabil sejak beberapa hari lalu, berada dalam lingkungan S$3.30 hingga S$3.42 seliter. Keadaan ini disokong oleh penurunan kecil harga minyak mentah Brent di pasaran global.
Sehingga jam 10 pagi Selasa, harga penanda aras Brent mencatat penurunan 1.19 peratus kepada AS$111.4 setong. Walaupun penurunan itu memberi sedikit kelegaan, pakar menjangka ketidaktentuan harga akan terus berlaku selagi konflik geopolitik belum reda.
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pasaran tenaga dunia berdepan tekanan berikutan ketegangan geopolitik, sekatan ekonomi serta gangguan bekalan dari negara pengeluar utama.
Situasi ini memberi kesan langsung kepada negara yang bergantung kepada import bahan api seperti Singapura.
Pemerhati ekonomi turut memberi amaran bahawa jika trend kenaikan berterusan, kos pengangkutan dan harga barangan dijangka meningkat dalam tempoh terdekat.
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
‘Kesejahteraan Dinikmati’ jadi tema sambutan Hari Kebangsaan: Fahmi
226 pegawai SPRM dikenakan tindakan tatatertib sejak 2021
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar