Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat 17 individu yang disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan kenaikan harga bahan api dan tarif elektrik menerusi media sosial.
Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan setakat ini pihaknya telah merakam percakapan lapan individu, termasuk lima kes melibatkan hantaran palsu mengenai isu kenaikan harga bahan api.
“Daripada lima kes itu, tiga suspek telah dirakam percakapan sebelum ini dan baki dua lagi selesai dirakam semalam,” menurut kenyataan tersebut.
Selain itu, tiga kes lain melibatkan penyebaran maklumat tidak tepat mengenai tarif elektrik baharu.
Baki sembilan individu pula masih dalam pemantauan dan akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
Menurut MCMC, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
MCMC menegaskan pihaknya memandang serius penyalahgunaan platform digital untuk menyebarkan maklumat yang boleh mengelirukan orang ramai.
“Penyebaran maklumat palsu ini boleh menimbulkan panik dan kegelisahan dalam kalangan pengguna,” katanya.
Isu kenaikan kos sara hidup, termasuk harga bahan api dan tarif elektrik, sering menjadi perhatian masyarakat, khususnya ketika keadaan ekonomi tidak menentu.
Beberapa tahun kebelakangan ini, media sosial menjadi medium utama penyebaran maklumat, namun turut membuka ruang kepada penyebaran berita tidak sahih.
Sehubungan itu, MCMC mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi.
“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang,” tegasnya.
Kerajaan kaji pengecualian PTPTN untuk graduan kelas pertama
RM14 bilion wang tidak dituntut, ramai tak sedar: Amir Hamzah
Winbox, Alibaba antara sindiket judi dalam talian terbesar dalam pantauan polis
Pengerusi TH terima Ijazah Kehormat Doktor Da’wah dan Pengurusan USIM
Mahkamah keluar injunksi halang Bloomberg siar artikel berkait Farhash: Laporan
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum