Madani Mart bukan salinan kedai lama, bantu rakyat hadapi kos sara hidup

April 3, 2026 · Isu semasa

Pelaksanaan Madani Mart bukan meniru model Kedai Rakyat 1Malaysia, sebaliknya memperkenalkan pendekatan baharu yang lebih lestari tanpa melibatkan perbelanjaan modal kerajaan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, dakwaan inisiatif itu sekadar “menyalin” model lama adalah tidak tepat kerana terdapat perbezaan ketara dari segi pelaksanaan dan pembiayaan.

“Kalau orang kata ini ambil model terdahulu, tidak. Model terdahulu kerajaan keluar modal, buat renovasi, sediakan rak dan tanggung inventori hingga ratusan ribu ringgit bagi setiap outlet,” katanya dipetik laporan media.

Menurut beliau, Madani Mart dilaksanakan melalui kerjasama dengan pengusaha yang diluluskan tanpa kos permulaan daripada kerajaan, sekali gus menjadikannya model menang-menang.

“Dalam Madani Mart ini kerajaan tidak keluarkan modal. Jadi ia merupakan model yang memberi manfaat kepada semua pihak dan yang paling mendapat manfaat ialah rakyat,” katanya.

Terdahulu, model Kedai Rakyat 1Malaysia yang diperkenalkan lebih sedekad lalu bertujuan menyediakan barangan keperluan pada harga rendah, namun dikritik kerana melibatkan kos operasi dan subsidi yang tinggi.

Madani Mart pula dilihat sebagai pendekatan baharu kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup dengan kaedah lebih efisien.

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri Anwar Ibrahim merasmikan outlet pertama Madani Mart di Indera Mahkota dan turut menjadi pelanggan pertama membeli barangan di premis berkenaan.

Fuziah berkata, kerajaan menyasarkan pembukaan sekurang-kurangnya 640 outlet Madani Mart di seluruh negara dalam tempoh dua tahun, dengan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri mempunyai sekurang-kurangnya satu premis.

“Pelaksanaan ini disokong oleh enam hab pengedaran utama dan akan menjadi langkah progresif untuk memperluaskan akses kepada barangan keperluan harian pada harga berpatutan,” katanya.

Beliau menambah, permohonan untuk menjadi pengusaha dibuka kepada individu atau syarikat berdaftar yang mempunyai keupayaan operasi dan kewangan kukuh.

Inisiatif di bawah Yayasan Madani itu bukan sekadar premis runcit, tetapi platform ekonomi komuniti yang menyokong usahawan tempatan sambil membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih mampu milik.

Berita berkaitan
Anwar tegur Hadi jangan permainkan agama, sedia dedah kandungan CSA
2 jam lalu· Politik
Anwar: Kestabilan politik yakinkan Google labur RM61 bilion
2 jam lalu· Isu semasa
Daiso labur RM1.2 bilion, bina hab pengedaran terbesar dunia di Malaysia: PMX
6 jam lalu· Isu semasa
Isu MOF-KKDW: Anwar tegaskan perbezaan pandangan bukan tanda perpecahan
9 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
MCMC uji internet di 16 stesen ECRL, liputan terowong turut dipantau
1 jam lalu · Isu semasa
Kenderaan rosak akibat RON95, Petron dan Caltex tawar pampasan: Armizan
6 jam lalu · Isu semasa
NUJ mahu hak pekerja Utusan, Kosmo! dilindungi
7 jam lalu · Isu semasa
Pasaran hartanah berdepan lambakan 33,094 rumah
9 jam lalu · Isu semasa
Dua anggota polis saman Ketua Pengarah AKPS berhubung insiden KLIA
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok