Subsidi diesel melonjak tiga kali ganda selepas krisis global

April 5, 2026 · Isu semasa

Perbelanjaan subsidi diesel negara melonjak mendadak kepada RM2.2 bilion sebulan, meningkat tiga kali ganda berbanding hanya sekitar RM700 juta sebelum ini, susulan kenaikan ketara harga bahan api itu di pasaran global.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali berkata, peningkatan itu memberi tekanan besar kepada kewangan kerajaan, terutama dalam memastikan kelangsungan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) yang diperkenalkan bagi mengawal ketirisan dan memastikan subsidi sampai kepada golongan sasaran.

“Bayangkan sebelum ini kerajaan hanya membelanjakan kira-kira RM700 juta sebulan, tetapi kini meningkat kepada RM2.2 bilion.

“Secara keseluruhan, unjuran subsidi tenaga mencecah RM7 bilion sebulan,” katanya ketika menghadiri taklimat penguatkuasaan Ops Tiris 4.0.

Beliau menjelaskan lonjakan itu berkait rapat dengan kenaikan harga diesel dunia yang meningkat daripada sekitar AS$93 setong pada Februari kepada AS$239 setong pada penghujung Mac, iaitu peningkatan kira-kira 158 peratus dalam tempoh singkat.

Untuk rekod, SKDS dilaksanakan sejak Jun 2024 sebagai sebahagian usaha kerajaan menstruktur semula subsidi bahan api agar lebih bersasar, khususnya kepada sektor pengangkutan darat awam dan barangan.

Sepanjang tahun lalu sahaja, kerajaan membelanjakan RM3.45 bilion untuk pelaksanaan sistem itu, dengan sebahagian besar disalurkan kepada sektor pengangkutan barangan.

Sehingga 30 Mac 2026, sebanyak 150,755 syarikat dan entiti telah diluluskan di bawah SKDS, melibatkan lebih 368,000 kenderaan di seluruh negara.

Majoritinya adalah kenderaan pengangkutan barangan yang menyumbang sekitar 93 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Armizan turut menegaskan kerajaan akan terus memperketat pemantauan bagi mengelakkan penyelewengan.

“Penguatkuasaan akan diperkukuh supaya pelaksanaan subsidi ini telus, berintegriti dan bebas daripada ketirisan,” katanya.

Pada masa sama, beliau menggesa syarikat yang layak tetapi belum memohon supaya segera berbuat demikian melalui saluran rasmi, sambil menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan dasar subsidi dilaksanakan secara adil dan berkesan demi kestabilan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

Berita berkaitan
Kerajaan kaji semula perbelanjaan susulan krisis global: Akmal Nasrullah
17 jam lalu· Isu semasa
Anwar ajak rakyat tolak kebencian sempena Hari Wesak
17 jam lalu· Isu semasa
Anwar umum kenaikkan Geran Interim kepada Sabah RM1.5 Bilion
May 30, 2026· Isu semasa
Anwar tegas mahu Sabah, Sarawak terus maju
May 30, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan cadang wajibkan pengiklan dalam media sosial sahkan identiti, elak scam
11 jam lalu · Isu semasa
Amanah Selangor bidas Liu berhubung isu ladang babi
May 30, 2026 · Isu semasa
Anwar mahu kementerian berjimat hadapi tekanan ekonomi global
May 29, 2026 · Isu semasa
SPRM teliti dakwaan penyelewengan projek naik taraf Stadium Bukit Jalil
May 29, 2026 · Isu semasa
Najib fail bukti baharu dalam rayuan kes 1MDB
May 29, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok