Digesa tukar Ketua Pembangkang, Takiyuddin pula kata tiada keperluan mendesak

April 6, 2026 · Politik

Perikatan Nasional (PN) tidak melihat keperluan mendesak untuk melantik Ketua Pembangkang baharu ketika ini kerana jawatan tersebut hanya berfungsi semasa persidangan Parlimen.

Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan berkata, ketiadaan sidang Dewan Rakyat buat masa ini menyebabkan peranan itu tidak mempunyai fungsi rasmi.

“Ketika ini, ia tidak timbul kerana Ketua Pembangkang tidak mempunyai fungsi buat masa ini,” katanya dipetik laporan media.

Beliau bagaimanapun menegaskan pelantikan itu tetap penting dalam struktur pembangkang dan akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Menurutnya, perkara itu dijangka dimuktamadkan sebelum sidang Parlimen seterusnya yang dijadualkan berlangsung pada Jun.

“Sudah tentu sebelum persidangan akan datang. Jika dapat diselesaikan lebih awal, itu adalah lebih baik,” katanya lagi.

Isu pelantikan Ketua Pembangkang kembali menjadi perhatian selepas timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan pimpinan parti komponen PN.

Terdahulu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilaporkan kecewa kerana cadangan yang telah dikemukakan sebelum ini masih belum diputuskan oleh Majlis Tertinggi gabungan tersebut.

Laporan media sebelum ini menyebut surat cadangan pelantikan telah dihantar, namun belum ada tindakan lanjut setakat ini, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kesepakatan dalaman PN.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, turut memberi bayangan isu itu akan diselesaikan pada masa terdekat.

Berita berkaitan
Krisis NS: Muhyiddin serah kepada pemimpin atasan PN beri penjelasan
April 28, 2026· Politik
Zahid beri bayangan tiada kerjasama dengan PN di Negeri Sembilan?
April 27, 2026· Politik
PN Negeri Sembilan nyata sokongan bersama BN tubuh kerajaan baharu
April 27, 2026· Politik
PAS sasar kerusi Muar, mahu singkirkan Syed Saddiq
April 27, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Tiada perubahan kepimpinan Negeri Sembilan, Aminuddin kekal MB: PMX
3 jam lalu · Politik
Konsert Air di Melaka tanpa DJ, Akmal gesa program di Bukit Bintang dihentikan
3 jam lalu · Politik
Puad bidas DAP takut bubar DUN Negeri Sembilan
3 jam lalu · Politik
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
22 jam lalu · Politik
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
April 30, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok