Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin Yassin memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai kemelut politik di Negeri Sembilan dan menyerahkan kepada kepimpinan Perikatan Nasional (PN) untuk memberikan penjelasan rasmi.
Presiden Bersatu itu berkata sebarang pendirian rasmi berhubung kemelut politik yang dihadapi di Negeri Sembilan akan dibuat oleh pemimpin atasan gabungan itu.
“Kita tunggu Setiausaha Agung Perikatan Nasional mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan perkara ini,” katanya kepada media selepas hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa.
Menurut beliau, isu yang sedang melanda Negeri Sembilan bukan sekadar melibatkan Bersatu, tetapi turut membabitkan PAS serta keseluruhan gabungan PN.
Justeru, sebarang kenyataan perlu datang daripada kepimpinan tertinggi gabungan itu.
“Ini bukan soal Bersatu semata-mata. Ini juga soal PAS dan kami mengambil pendirian atas nama Perikatan Nasional. Jadi saya fikir yang wajar mengeluarkan kenyataan itu sama ada Pengerusi atau Setiausaha Agung PN,” katanya.
Krisis politik di negeri itu semakin memuncak selepas lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PN dilaporkan bersedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kestabilan pentadbiran negeri.
Perkara itu diumumkan oleh Adun Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker dalam satu sidang media khas.
Situasi menjadi lebih tegang apabila kesemua 14 ADUN UMNO negeri mengambil keputusan sebulat suara menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Aminuddin Harun.
Langkah itu sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kelangsungan pentadbiran sedia ada.
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
PH mahu menang atas kekuatan sendiri, bukan kelemahan lawan: Fahmi
PRN berasingan bukan faktor kelebihan kepada BN: Khaled
Tei terima pelawaan debat dengan bos J-KOM isu sekatan media sosial
Zahid tegur pemimpin DAP jaga lidah, hormati rakan kerjasama
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi