Badan Peguam Malaysia memohon perintah mahkamah bagi memaksa Jabatan Peguam Negara (AGC) mendakwa semula Ahmad Zahid Hamidi.
Badan Peguam Malaysia memohon campur tangan mahkamah bagi mengarahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) mendakwa semula Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berhubung 47 pertuduhan jenayah melibatkan dana Yayasan Akalbudi.
Permohonan semakan kehakiman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan Peguam Negara pada 8 Januari lalu yang mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Badan Peguam menamakan Peguam Negara dan Zahid sebagai responden.
Dalam dokumen mahkamah, badan itu menyifatkan keputusan berkenaan sebagai “tidak rasional, tidak munasabah dan bertentangan dengan kepentingan awam.”
Mereka turut berhujah keputusan itu dibuat tanpa alasan mencukupi serta tidak disokong bukti yang memadai.
“Keputusan itu tidak selaras dengan dapatan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang memutuskan wujud kes prima facie dan mengarahkan tertuduh membela diri,” menurut Badan Peguam.
Tambahnya lagi, tindakan tersebut juga melibatkan pembaziran masa serta sumber kehakiman dan dana awam.
Untuk rekod, pada 24 Januari 2022, Mahkamah Tinggi memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Zahid.
Perbicaraan kemudian memasuki peringkat pembelaan sebelum mahkamah pada 4 September 2023 melepas tanpa membebaskan (DNAA) beliau bagi semua 47 pertuduhan, sementara siasatan lanjut dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketika itu, beberapa saksi pembelaan termasuk Zahid sendiri telah pun memberi keterangan di mahkamah.
AGC dalam kenyataannya pada Januari memaklumkan keputusan NFA dibuat selepas meneliti siasatan lanjut SPRM serta enam representasi yang dikemukakan oleh Zahid.
Menurut pihak berkuasa, bukti yang ada didapati tidak mencukupi untuk meneruskan pendakwaan.
Susulan perkembangan itu, Zahid pada Februari memohon pembebasan penuh daripada semua pertuduhan.
Samsuri tandatangan watikah hanya selepas rundingan PAS-BN gagal: Marzuki
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
Calon ‘underdog’ PH lawan Onn Hafiz sedia beri saingan sengit di DUN Machap
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar