Harga minyak naik: Amir Hamzah jelaskan kenapa Malaysia turut terkena tempias

April 10, 2026 · Isu semasa

Kenaikan harga minyak global terus memberi kesan kepada Malaysia, yang masih bergantung kepada import untuk memenuhi hampir separuh keperluan bahan api harian negara.

Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata, keadaan itu menyebabkan harga petrol dan diesel tempatan turut terdedah kepada tekanan luar.

Menurut beliau, pengeluaran minyak domestik ketika ini hanya sekitar 350,000 tong sehari, sedangkan penggunaan harian mencecah kira-kira 700,000 tong.

“Ini bermakna kita masih perlu mengimport minyak, terutamanya dari Asia Barat,” katanya dalam satu taklimat di Putrajaya.

Tambahnya, sekitar 60 peratus bekalan minyak negara diperoleh dari Asia Barat, manakala kira-kira 40 peratus keperluan penapisan bergantung kepada laluan strategik di Selat Hormuz.

Situasi geopolitik di rantau itu turut memberi kesan besar kepada kenaikkan kos.

“Konflik di Asia Barat telah menyebabkan kos penghantaran dan insurans meningkat secara mendadak,” jelasnya.

Beliau turut mendedahkan kos logistik perkapalan kini meningkat sehingga tiga kali ganda, manakala insurans melonjak sehingga 16 kali ganda.

Selain itu, faktor lain seperti bekalan global yang semakin terhad, permintaan yang tinggi serta ancaman keselamatan turut menyumbang kepada kenaikan harga.

Semua kos ini, katanya, dimasukkan dalam harga sebenar minyak yang diimport ke negara ini.

Walaupun berdepan tekanan harga, kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan bahan api dalam negara masih mencukupi.

Amir Hamzah menegaskan Malaysia tidak mengalami kekurangan stok RON95 atau diesel setakat ini.

“Ketika banyak negara berdepan kekurangan bekalan hingga memaksa stesen minyak ditutup, kita masih mampu mengekalkan operasi yang stabil,” katanya.

Beliau menambah, pengurusan sumber oleh PETRONAS dan syarikat minyak lain memainkan peranan penting dalam memastikan bekalan terus mencukupi.

Kenaikan harga minyak global sebelum ini didorong oleh ketegangan geopolitik, gangguan rantaian bekalan serta pemulihan permintaan pasca pandemik, sekali gus memberi tekanan kepada banyak negara pengimport termasuk Malaysia.

Berita berkaitan
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
October 28, 2026· Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
October 24, 2026· Isu semasa
Ekonomi Malaysia kembali rancak, pelabur semakin yakin: Amir Hamzah
October 19, 2026· Isu semasa
KPDN tunggu analisis 27 sampel petrol disyaki bercampur air
October 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Shuhaily kembali bertugas di AKPS, pengganti belum dibincang: Saifuddin
4 jam lalu · Isu semasa
Bekalan makanan negara cukup untuk enam bulan: Zahid
5 jam lalu · Isu semasa
Minyak dunia berisiko melonjak AS$140 setong: Goldman Sachs
6 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama
8 jam lalu · Isu semasa
Johari: Kebergantungan pekerja asing perlu dikurangkan segera
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok