Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan hukuman mati bagi kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah kerana undang-undang sedia ada dilihat mencukupi untuk menangani kes serius, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Menurut beliau, kes yang melibatkan kematian boleh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika memenuhi elemen kesalahan bunuh.
Tambahnya, Malaysia juga telah memansuhkan hukuman mati mandatori bagi beberapa kesalahan berat dan tidak berhasrat mengembalikannya.
“Setakat ini kerajaan sudah menghentikan hukuman mati mandatori, jadi perkara ini bukan dalam pertimbangan kami,” katanya selepas menghadiri program keselamatan jalan raya di Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology.
Isu hukuman lebih berat timbul susulan cadangan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan yang menyatakan hukuman sedia ada mungkin perlu diperketatkan walaupun pindaan telah dibuat pada 2020.
Cadangan itu dibuat berikutan beberapa kes kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk, termasuk insiden di Klang pada 29 Mac lalu yang meragut nyawa seorang penghantar makanan.
Mengulas lanjut, Loke berkata kerajaan kini memberi fokus kepada pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) bagi memastikan kebajikan keluarga mangsa lebih terjamin, khususnya dari segi pampasan.
“Apa yang kita pinda adalah untuk memastikan ada pampasan kepada keluarga mangsa. Jika didapati bersalah, selain hukuman penjara dan denda, pesalah juga bertanggungjawab membayar pampasan,” katanya.
Beliau menjelaskan, langkah itu penting kerana pada masa ini keluarga mangsa perlu melalui proses sivil yang panjang, rumit dan memakan kos tinggi untuk menuntut pampasan.
“Daripada mereka perlu mengambil tindakan sivil, kita boleh tambah peruntukan dalam undang-undang supaya pampasan boleh terus diperoleh,” katanya lagi.
Menurut Loke, pindaan terhadap APJ sedang dirangka bersama Jabatan Peguam Negara dan dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen Jun ini.
Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak
Pemilik kenderaan diesel boleh mohon tambahan 100 liter bila-bila masa
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
Selepas 20 Tahun di Brunei, MP Miri bantu bapa empat anak kembali bina hidup baharu
Pengawal keselamatan dipenjara, didenda RM50,000 hina Agong di Facebook
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar