Harga minyak boleh naik hingga AS$150 setong jika konflik berlarutan

April 14, 2026 · Isu semasa

Harga minyak mentah dunia berpotensi melonjak mendadak sehingga mencecah AS$150 setong sekiranya konflik geopolitik di Asia Barat terus memuncak, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilan bekalan tenaga global.

Menurut laporan penyelidikan oleh RHB Investment Bank, risiko gangguan rantaian bekalan khususnya di laluan strategik seperti Selat Hormuz boleh memberi kesan besar kepada pasaran minyak dunia serta meningkatkan tekanan kos sara hidup dan inflasi.

“Jika konflik terus meruncing dan bekalan terganggu, harga minyak boleh melonjak ke paras antara AS$140 hingga AS$150 setong,” menurut laporan itu.

Pada masa sama, RHB turut menyemak naik unjuran purata harga minyak Brent bagi 2026 kepada AS$82.50 setong berbanding AS$62 sebelum ini, manakala bagi 2027 dianggarkan sekitar AS$72 setong, mencerminkan jangkaan harga kekal kukuh dalam tempoh terdekat sebelum kembali stabil.

Penganalisisnya, Lee Yun Leon, berkata pemulihan bekalan tidak akan berlaku serta-merta walaupun harga dijangka menurun secara beransur-ansur.

“Kelewatan memulakan semula operasi dan kekangan logistik akan menyebabkan bekalan mengambil masa untuk pulih sepenuhnya,” katanya.

Ketegangan di Asia Barat sejak beberapa tahun kebelakangan ini sering memberi kesan langsung kepada pasaran tenaga global.

Rantau tersebut merupakan antara pengeluar minyak terbesar dunia, dan sebarang gangguan termasuk kerosakan kemudahan penapisan boleh menjejaskan jutaan tong bekalan harian.

Laporan itu turut menyatakan gangguan kepada lapan aset penapisan utama di Teluk melibatkan kira-kira 3.06 peratus daripada jumlah bekalan global, satu angka yang cukup signifikan untuk mempengaruhi harga pasaran.

Susulan prospek ini, RHB menaik taraf sektor minyak dan gas bersepadu Malaysia kepada ‘Wajaran Tinggi’, berbanding ‘Neutral’ sebelum ini.

Langkah itu didorong oleh jangkaan syarikat tempatan, khususnya dalam segmen pertengahan dan huluan, berpotensi meraih manfaat daripada harga minyak yang lebih tinggi.

Namun begitu, penganalisis berpandangan keadaan ini tidak akan kekal selamanya.

Harga dijangka kembali sederhana apabila rantaian bekalan global pulih, dengan paras berlegar sekitar AS$80 setong sebelum menurun secara beransur-ansur dalam jangka sederhana.

Berita berkaitan
Bekalan minyak negara stabil hingga Julai: Akmal Nasrullah
8 jam lalu· Isu semasa
Harga sayur naik di Kelantan, Mat Sabu arah FAMA pantau
9 jam lalu· Isu semasa
Malaysia gesa perjanjian damai AS-Iran dipercepat: PMX
May 24, 2026· Isu semasa
Bekalan tenaga negara stabil hingga Julai: PMX
May 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan teruskan bantuan BUDI Agri-Komoditi: Anwar
8 jam lalu · Isu semasa
JAWI kekalkan status sesat bagi ajaran Ahmadiah, Qadiani
9 jam lalu · Isu semasa
Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2026 dibuka 4 Jun
9 jam lalu · Isu semasa
Institusi tempatan dominasi pembelian saham, kekalkan momentum positif
11 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka kukuh, sentimen pasaran global makin positif
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok