Harga RON97, RON95 tanpa subsidi naik 15 sen seliter mulai esok: Bernama

October 7, 2026 · Isu semasa

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing naik 15 sen seliter kepada RM5.15 dan RM4.67 bagi tempoh 8 hingga 14 Okt, manakala harga runcit diesel tanpa subsidi kekal pada RM5.27 seliter.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kenaikan itu, didorong tekanan terhadap bekalan produk petroleum bertapis di pasaran antarabangsa, walaupun aliran minyak mentah dari Asia Barat semakin pulih.

Menurut kenyataan itu, walaupun aliran minyak mentah dari Asia Barat semakin pulih, harga minyak mentah dunia kekal tinggi. Sepanjang tempoh pengiraan Automatic Pricing Mechanism (APM), harga minyak mentah Brent masih berlegar sekitar AS$100 setong.

“Tekanan harga kini semakin tertumpu pada produk petroleum bertapis, susulan China menggantung sebahagian besar eksport bahan api bagi Oktober, sekali gus mengehadkan bekalan di pasaran antarabangsa.

“Pemulihan kapasiti penapisan dan bekalan produk petroleum bertapis global kekal penting, bagi mengurangkan tekanan harga dalam jangka sederhana,” menurut kenyataan MOF itu.

Menurut kenyataan MOF perkembangan konflik di Asia Barat dan Rusia-Ukraine terus menimbulkan risiko terhadap kestabilan bekalan dan harga petroleum dunia.

“Kerajaan MADANI akan terus melindungi rakyat dan perniagaan daripada kesan ketidaktentuan global ini, termasuk dengan mengekalkan subsidi bersasar BUDI MADANI bagi pengguna yang layak,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, penerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) terus membayar RM1.99 seliter, berbanding harga RON95 tanpa subsidi RM4.67 seliter, dengan kerajaan menanggung subsidi RM2.68 seliter atau 57 peratus daripada harga tanpa subsidi.

Penerima BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pula terus membayar RM2.10 seliter berbanding harga diesel tanpa subsidi RM5.27 seliter, dengan subsidi kerajaan sebanyak RM3.17 seliter atau 60 peratus daripada harga tanpa subsidi.

“Walaupun bekalan bahan api negara kekal mencukupi buat masa ini, rakyat diseru supaya terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat.

“Perancangan perjalanan yang lebih cekap serta pengurangan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu memaklumkan bahawa Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemat bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.

Berita berkaitan
MOF belum putuskan bantuan kewangan untuk AirAsia
October 19, 2026· Isu semasa
Hampir RM11 bilion STR, SARA disalur hingga September
October 19, 2026· Isu semasa
MoF buka ruang rayuan bantuan untuk M40 terjejas bila-bila masa
October 19, 2026· Isu semasa
Dakwaan caj QR bermula November tidak benar: MoF
October 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
1 jam lalu · Isu semasa
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
6 jam lalu · Isu semasa
Data 7.7 juta pengguna Waze didakwa dijual di dark web
7 jam lalu · Isu semasa
Super El Nino dijangka berlarutan hingga Januari 2027
9 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: Malaysia tuntut Indonesia bertindak, bawa isu ke ASEAN
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok