Cadangan kekalkan kuota BUDI95 kepada pengamal media akan dibincang: Fahmi

April 18, 2026 · Isu semasa

Cadangan supaya pengamal media terus menerima kuota petrol RON95 sebanyak 300 liter sebulan di bawah program Budi MADANI RON95 (BUDI95) dijangka dibincangkan di peringkat tertinggi kerajaan minggu depan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, permohonan itu akan dibawa ke meja perbincangan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dijadual berlangsung pada Selasa.

“Saya ambil maklum tentang perkara tersebut dan akan membawanya ke mesyuarat MTEN,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program kesihatan di Universiti Malaya.

Permohonan itu sebelum ini dikemukakan oleh Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM), susulan penyelarasan sementara kuota BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan.

Menurut gabungan itu, pengurangan tersebut memberi kesan besar kepada tugasan harian wartawan, jurugambar dan juruvideo yang sering bergerak ke pelbagai lokasi liputan.

Dalam kenyataan mereka, GKMM berkata terdapat keperluan mobiliti tinggi dalam industri media menjadikan kuota asal 300 liter lebih realistik untuk memastikan liputan berita tidak terjejas.

Program BUDI95 merupakan sebahagian daripada inisiatif subsidi bersasar kerajaan MADANI bagi memastikan bantuan bahan api sampai kepada golongan yang memerlukan, termasuk pengamal media yang berdaftar.

Namun, pelaksanaan penyelarasan kuota baru-baru ini mencetuskan perbincangan dalam kalangan pemain industri mengenai impaknya terhadap operasi harian.

Sementara itu, Fahmi yang juga jurucakap kerajaan memaklumkan satu lagi langkah baharu akan diperkenalkan bagi memudahkan akses maklumat kepada media.

Bermula minggu depan, sidang media mingguan selepas Mesyuarat Jemaah Menteri akan dilaksanakan secara hibrid.

“Wartawan di Putrajaya boleh hadir secara fizikal, manakala yang berada di Kuala Lumpur atau lokasi lain boleh sertai secara dalam talian dan terus bertanya soalan,” katanya.

Langkah ini dilihat sebagai usaha menyesuaikan kaedah penyampaian maklumat dengan keperluan semasa, selain mengurangkan kekangan logistik dalam kalangan pengamal media.

Berita berkaitan
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
18 jam lalu· Isu semasa
Projek30% puji langkah PKR ketengah calon wanita di PRN Melaka, cadang kuota diwajibkan
October 30, 2026· Politik
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
October 28, 2026· Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Shuhaily kembali bertugas di AKPS, pengganti belum dibincang: Saifuddin
November 2, 2026 · Isu semasa
Bekalan makanan negara cukup untuk enam bulan: Zahid
November 2, 2026 · Isu semasa
Minyak dunia berisiko melonjak AS$140 setong: Goldman Sachs
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama
4 jam lalu · Isu semasa
Johari: Kebergantungan pekerja asing perlu dikurangkan segera
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok