Ketua Wanita UMNO Kluang, Zainani Jamaluddin menggesa Najib diberikan tahanan rumah.
Bekas perdana menteri, Najib Razak perlu diberikan tahanan rumah selepas titah adendum disahkan kesahihannya, kata Wanita UMNO Bahagian Kluang.
Ketua Wanita UMNO Kluang, Zainani Jamaluddin berkata kerajaan sewajarnya mengambil kira titah adendum yang diberikan kepada Najib dan mematuhi arahan tersebut memandangkan ia sudah pun disahkan kesahihannya.
“Pelaksanaan hukuman tahanan di rumah itu sebagai refleksi komitmen terhadap keadilan, integriti sistem perundangan negara serta menjunjung kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu.
“Selain desakan itu, Wanita UMNO Kluang juga ingin menggesa kerajaan membenteras diskriminasi dan stereotaip dengan meletakkan lebih ramai wanita sebagai orang yang boleh membuat dasar,” katanya.
Zainani mengulas usul dibawakan dalam Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kluang di Dewan Raya Kampung Melayu hari ini.
Mesyuarat tersebut dirasmikan Ketua UMNO Bahagian Kluang, Md Jais Sarday.
Mesyuarat yang sama juga mencadangkan seorang wakil wanita bagi setiap kawasan Parlimen samada sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
Langkah itu, katanya, secara tidak langsung dapat menghapuskan budaya patriarki dan diskriminasi gender dalam pentadbiran serta masyarakat.
Selain itu Pwergerakan Wanita UMNO Kluang mencadangkan kepimpinan tertinggi untuk menubuhkan Sekretariat Wanita Muda sebagai wadah rasmi pelapis kepimpinan di setiap bahagian UMNO.
Tujuan penubuhan itu jelasnya, sebagai usaha melatih dan menyediakan pimpinan wanita muda bagi mendepani cabaran politik semasa dengan memperkasakan mereka kemahiran diperlukan.
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri