Krisis Negeri Sembilan tak beri kesan kepada kerajaan pusat: Fahmi

7 jam lalu · Politik

Kemelut politik yang melanda Negeri Sembilan ketika ini tidak menjejaskan hubungan antara parti dalam Kerajaan Persekutuan, menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan menjelaskan walaupun berlaku ketegangan di peringkat negeri melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), situasi tersebut tidak memberi kesan kepada pentadbiran di peringkat pusat.

“Waktu ini, kemelut itu tidak beri kesan kepada kerajaan Persekutuan. Ini mungkin unik kepada Negeri Sembilan, tetapi di peringkat Kerajaan Perpaduan kita tetap prihatin dengan apa yang berlaku,” katanya kepada media selepas merasmikan Dialog Keselamatan Dalam Talian Asia Pasifik 2026 hari ini.

Menurut beliau, pimpinan pusat sedang meneliti perkembangan semasa dan akan menentukan hala tuju seterusnya.

Fahmi turut menyatakan Konvensyen PH yang dijadual berlangsung di Johor pada 17 Mei ini akan menjadi ruang penting untuk mendengar pandangan akar umbi.

“Di situ kita boleh bincang dan tentukan langkah seterusnya berdasarkan suara di peringkat negeri,” katanya.

Kemelut politik ini tercetus selepas kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan BN di Negeri Sembilan mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Aminuddin Harun.

Mereka juga memaklumkan akan menghantar notis rasmi kepada pihak Dewan Undangan Negeri berhubung keputusan tersebut.

Perkembangan ini menimbulkan persoalan mengenai kestabilan pentadbiran negeri, khususnya dalam konteks kerjasama PH-BN yang turut membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Sementara itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan, Aminuddin akan terus menjalankan tugas seperti biasa sebagai Menteri Besar.

Keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Situasi ini dilihat sebagai ujian terhadap kerjasama politik antara parti-parti utama kerajaan, namun setakat ini, kepimpinan pusat menegaskan pentadbiran negara kekal stabil.

Berita berkaitan
PH tolak cubaan ambil alih kerajaan Negeri Sembilan
April 28, 2026· Politik
Pemimpin utama Kerajaan Perpaduan bertemu, cari jalan keluar krisis NS
4 jam lalu· Politik
Krisis NS: Muhyiddin serah kepada pemimpin atasan PN beri penjelasan
4 jam lalu· Politik
Krisis politik Negeri Sembilan: Persatuan peniaga bimbang ekonomi negeri terjejas
4 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Saman fitnah: Pengarah Strategi Pemuda PAS Perak diarah bayar RM250,000
April 28, 2026 · Politik
Parti Amanah nafi terlibat dalam isu dana zakat
7 jam lalu · Politik
Jalaluddin nafi berniat jadi Menteri Besar ganti Aminuddin
7 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: UMNO nafi ‘tebuk atap’, desak bubar DUN
8 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan tak gugat kestabilan Kerajaan Perpaduan: PMX
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok