Krisis politik Negeri Sembilan: Persatuan peniaga bimbang ekonomi negeri terjejas

April 28, 2026 · Isu semasa

Tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar disifatkan sebagai langkah tidak bertanggungjawab yang boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negeri.

Presiden Persatuan Rangkaian Peniaga Malaysia, Balamurugan Sinnathamby berkata, ketika rakyat berdepan tekanan ekonomi global seperti inflasi, kenaikan kos sara hidup dan harga bahan api, tindakan itu hanya menambah ketidaktentuan.

“Pemimpin sepatutnya bersatu untuk mengukuhkan keyakinan rakyat, bukan mencetuskan krisis politik demi kepentingan tertentu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, alasan berkaitan isu diraja atau perlembagaan tidak wajar dijadikan justifikasi untuk menjatuhkan pentadbiran sedia ada.

Ujarnya, Sebarang isu perlu diselesaikan melalui saluran yang betul tanpa menjejaskan keyakinan pelabur.

Untuk rekod, Negeri Sembilan sebelum ini menyaksikan perubahan pentadbiran pada 2018 yang membawa kepada peningkatan ketara dalam prestasi kewangan negeri.

Rizab negeri yang sekitar RM687 juta ketika itu meningkat kepada lebih RM1.4 bilion menjelang 2025.

Selain itu, negeri tersebut mencatat lebihan bajet RM147.47 juta pada 2019 dan merekodkan pelaburan diluluskan sebanyak RM19.1 bilion pada 2025, tertinggi dalam sejarah dengan 295 projek serta lebih 3,800 peluang pekerjaan diwujudkan.

Balamurugan menegaskan pencapaian itu mencerminkan keyakinan pelabur serta keberkesanan tadbir urus semasa.

“Ini bukan sekadar angka. Ia bukti kestabilan politik dan pengurusan yang baik membawa manfaat nyata kepada rakyat,” katanya.

Beliau turut mengingatkan sepanjang lebih enam dekad sebelum 2018, rizab negeri hanya sekitar RM687 juta, berbanding peningkatan pesat dalam tempoh kurang lapan tahun kebelakangan ini.

Komuniti perniagaan, katanya, bimbang sebarang percaturan politik akan menjejaskan momentum ekonomi dan kebajikan rakyat.

Sehubungan itu, semua wakil rakyat diseru menghormati mandat pengundi serta memberi tumpuan kepada kestabilan dan pembangunan negeri.

“Rakyat akan menilai setiap tindakan yang mengancam kemajuan ini,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama
November 2, 2026· Isu semasa
PRN Melaka: PH desak projek terbengkalai didedahkan, gesa siasatan
November 2, 2026· Politik
Perpaduan Melayu-Islam UMNO-PAS hanya helah politik: Amanah Selangor
14 jam lalu· Politik
BN-PN bergabung, DAP perlu bersedia hadapi cabaran besar: Loke
24 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Johari: Kebergantungan pekerja asing perlu dikurangkan segera
November 2, 2026 · Isu semasa
Dana Inovasi Media bantu industri hadapi era AI, lindungi pekerja
November 2, 2026 · Isu semasa
Derma palsu guna visual AI, orang ramai diminta berwaspada
November 2, 2026 · Isu semasa
Utusan Malaysia, Kosmo! rombak operasi, hampir 100 pekerja bercuti berbayar
1 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
24 jam lalu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok