Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi

April 29, 2026 · Isu semasa

Kerajaan memutuskan supaya semua acara rasmi, bengkel dan program berskala besar dianjurkan pada tahap sederhana bagi memastikan perbelanjaan lebih berhemah dan pelaksanaan lebih berfokus.

Jurucakap Kerajaan Fahmi Fadzil, berkata perkara itu ditegaskan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat Jemaah Menteri hari ini susulan perbincangan di Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) semalam bagi menangani krisis tenaga global yang sedang dihadapi ketika ini.

“Perdana Menteri menekankan agar semua kementerian, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan mengadakan program pada skala sederhana,” katanya dalam sidang media hari ini.

Selain itu, isu pelaksanaan Program Kampung Angkat Madani turut disentuh dan usaha tersebut perlu diselaraskan dengan rapi di peringkat Persekutuan.

Fahmi menjelaskan penyelarasan penting bagi memastikan program memberi impak menyeluruh, khususnya dengan penglibatan ahli Parlimen penyokong kerajaan.

“Ini adalah usaha di peringkat Persekutuan dan perlu diselaras, termasuk bersama ahli Parlimen backbenchers,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai pencapaian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

NADI dipilih sebagai salah satu Pusat Transformasi Digital oleh International Telecommunication Union, menjadikan Malaysia sebagai rakan pelaksana global ke-16 bagi inisiatif tersebut.

Fahmi berkata pengiktirafan itu menunjukkan keupayaan Malaysia dalam memperluas akses digital dan meningkatkan literasi teknologi dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, mencadangkan supaya pusat komuniti desa di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah diselaraskan dengan aktiviti NADI pada masa terdekat.

Langkah ini dilihat sebagai kesinambungan usaha kerajaan memperkasa komuniti luar bandar melalui teknologi digital, sejajar dengan agenda transformasi negara yang memberi tumpuan kepada pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat.

Berita berkaitan
Kos harga tenaga dijangka melonjak susulan krisis di Asia Barat: Bank Dunia
April 29, 2026· Isu semasa
Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa, isu adat tak dicampuri: Fahmi
April 29, 2026· Politik
Peniaga lesap RM610,000 terjerat pelaburan palsu
1 jam lalu· Isu semasa
Kamil nafi beri layanan seperti ‘lembu’ didakwa Akmal
1 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
AGC tolak permohonan Namewee, kes dadah diteruskan: Laporan
1 jam lalu · Isu semasa
Projek RM1.1 bilion: Bekas pembantu Rafizi sambung beri keterangan esok
18 jam lalu · Isu semasa
Krisis politik Negeri Sembilan: Persatuan peniaga bimbang ekonomi negeri terjejas
21 jam lalu · Isu semasa
Seorang individu didenda RM30,000 hina institusi kehakiman di FB: MCMC
21 jam lalu · Isu semasa
Permohonan pindah kes rasuah Shamsul Iskandar ditolak mahkamah
April 28, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok