Konsert Air di Melaka tanpa DJ, Akmal gesa program di Bukit Bintang dihentikan

May 1, 2026 · Politik

Persembahan DJ bagi Festival Muzik Air Melaka 2026 yang dijadualkan berlangsung esok dibatalkan selepas menerima bantahan daripada Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Menurut Akmal, penganjur bersetuju meneruskan konsert tersebut tetapi tanpa elemen DJ, sebaliknya mengekalkan persembahan bercorak tradisional.

Akmal berkata keputusan itu dimaklumkan kepadanya oleh Exco Pelancongan negeri selepas beliau menyuarakan kebimbangan bahawa kehadiran DJ boleh mendorong suasana hiburan melampau.

“Persembahan DJ telah dibatalkan, yang ada hanya persembahan tradisional,” katanya dalam satu video di Facebook.

Festival di Melaka merupakan sebahagian daripada rangkaian acara berkaitan Festival Muzik Air Rain Rave 2026 yang dilancarkan di Kuala Lumpur sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Selain Melaka, beberapa negeri lain seperti Johor, Kedah dan Pahang turut terlibat dengan acara bertema air yang disesuaikan mengikut budaya tempatan.

Namun, acara utama di ibu negara terus mencetuskan polemik, malah Akmal menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya menghentikan festival tersebut, mempersoalkan rasional penganjuran ketika kerajaan mengambil langkah penjimatan sebelum ini.

“Jika tidak dibatalkan, saya merayu agar rakyat berdoa supaya hujan lebat melanda,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Tourism Malaysia sebelum ini menegaskan festival tersebut bertujuan menarik pelancong serantau serta mempromosikan pengalaman silang budaya.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing pula mengingatkan agar acara itu tidak dipolitikkan.

“Jika anda merasakan ia tidak sesuai, maka jangan datang,” katanya kepada media.

Kontroversi ini turut mendapat perhatian pihak berkuasa agama. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menasihatkan penganjur supaya menjaga sensitiviti masyarakat dan memastikan hiburan mematuhi garis panduan syariah.

Pandangan sama disuarakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia yang menggesa umat Islam menjauhi program yang meragukan dari segi kesopanan.

Berita berkaitan
MCA tak hadir di pelancaran jentera BN Masjid Tanah, krisis kerusi belum reda?
October 27, 2026· Politik
MCA semakin terpinggir dalam BN, dakwa pemimpin PKR
October 27, 2026· Politik
Zahid sahkan MCA kekal bertanding PRN Melaka, calon dipilih kekal
October 27, 2026· Politik
Bersatu masuk bertanding PRN Melaka, umum kerusi 29 Oktober
October 27, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Calon MCA belum terima watikah BN, isu kerusi belum selesai?
7 jam lalu · Politik
Chegubard dipenjara empat bulan kes fitnah: Laporan
14 jam lalu · Politik
Mahkamah dengar cabaran PN terhadap penggantungan RoS 7 Disember
October 27, 2026 · Politik
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
October 27, 2026 · Politik
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
October 27, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok